Rupanya ini punca sebenar kenapa surat penghuni Henry Gurney tak sampai pada keluarganya.
Anda masih ingat tentang seorang penghuni Henry Gurney yang menulis surat untuk keluarganya namun surat itu sampai pada alamat rumah orang lain?
Penerima surat tersebut telah memuat naik status berkenaan surat yang sering diterimanya oleh seorang penghuni Henry Gurney
Buat keluarganya dan meminta orang ramai bantu untuk mencari keluarga penghuni tersebut.
Menurut laman portal m Star Online dan BeautifulNara, disini punca mengapa surat tersebut tidak sampai ke tangan keluarganya.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata, surat berkenaan telah diterima oleh pihak lain setelah keluarga penghuni berpindah alamat.
” Berdasarkan semakan mendapati surat tersebut dihantar oleh penghuni kepada ibunya pada Ogos 2015 menerusi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara untuk sekolah Henry Gurney,” katanya.
Bagaimanapun Supri berkata, penerima di alamat lama sewajarnya menghubungi Jabatan Penjara bagi memaklumkan mengenai surat berkenaan.
” Berasaskan keperluan usaha menghubungi keluarganya, sewajarnya penama (penerima di alamat lama) menghantar kembali surat berkenaan ke Jabatan Penjara atau menghubungi Jabatan Penjara untuk memaklumkan mengenai surat berkenaan”
” Penghebahan menerusi media sosial berkemungkinan boleh menyebabkan wujud pelbagai tanggapan terhadap keluarga dan penghuni,” katanya.
Sebelum ini, tersebar dilaman sosial mengenai surat yang dikirimkan seorang penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang tidak sampai kepada ibunya dan tersebar dilaman sosial.
Seorang pengguna facebook memuat naik beberapa gambar yang memaparkan surat berkenaan dengan keterangan
” Kepada sesiapa yang mengenali emak budak ini tolonglah, kesian budak ini rindu sangat kepada emaknya, posmen dah berapa kali hantar surat budak ini ke alamat rumah saya, saya sudah tidak tahu hendak buat apa, tolonglah share.”
Antara kandungan surat itu,
” Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik disini “
Berdasarkan rekod pada 20 Oktober 2015, ibu penghuni itu telah menemui anaknya di sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka.
Menurut beliau, penghuni berkenaan juga dibenarkan menghubungi ibunya melalui telefon.
” Rekod menunjukkan kali terakhir penghuni menghubungi ibunya ialah pada Januari 2016, ” jelas Supri.
Pihak penjara dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada pengguna laman sosial di samping berharap surat berkenaan dapat dikembalikan kepada penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
” Jabatan Penjara juga mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua media serta orang ramai yang telah menghubungi Sekolah Henry Gurney serta Ibu Pejabat Jabatan Penjara dengan tujuan membantu mencari keluarga penghuni berkenaan,” jelas Supri.
Dengan ini, terjawablah segala persoalan mengapa surat penghuni Sekolah Henry Gurney berkenaan tidak sampai kepada ibunya.
BACA:
Pukul dan pijak perut isteri hamil, ahli politik ditahan Polis
Boleh hidup 30 tahun tanpa makanan, ini makhluk paling kebal di bumi yang ramai tak tahu