Rupanya ini maksud isyarat tangan yang pemain badminton selalu tunjuk

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Rata-rata peminat sukan badminton pastinya sedar bahawa terdapat segelintir pemain acara beregu yang selalu memberi isyarat tangan

kepada pemain di bahagian belakang sebelum melakukan servis.

Persoalan berkenaan apakah maksud isyarat tangan tersebut semestinya pernah bermain di fikiran ramai.

Rupanya ini maksud isyarat tangan yang pemain badminton selalu tunjuk

Perkara tersebut ada didedahkan oleh jaguh pemain beregu campuran yang pernah mewakili negara di peringkat antarabangsa iaitu Goh Liu Ying menerusi satu rancangan yang disiarkan oleh Astro Arena.

Menurutnya, setiap sudut gelanggang terdapat nombor-nombor yang telah ditetapkan secara peribadi.

Contohnya, pada bahagian tengah gelanggang ialah nombor 1, bahagian belakang nombor 2, bahagian tepi 3 dan seterusnya.

Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa setiap nombor ini mungkin berbeza pada pasukan dari negara lain.

Isyarat nombor tersebut dibuat bagi membolehkan rakan sepasukan di bahagian belakang bersedia di tempat yang sepatutnya selepas pemain di hadapan melakukan servis.

Tambahnya lagi, isyarat tangan itu juga bertujuan untuk mengingatkan rakan sepasukan supaya bersedia membaca pergerakan lawan selepas pemain hadapan memutuskan untuk meletakkan bulu tangkis itu pada sudut tertentu dalam gelanggang.

BACA: “Tiap petang jumaat, abah dan mak duduk kat tangga, abah gosok belakang mak, mak gosok belakang abah, aku pasang telinga terdengar keluhan mak abah”