Rupanya cincau berasal dari pokok ini, ramai baru tahu

Oleh FAHMI ABBAS

Rupanya cincau berasal dari pokok ini, ramai baru tahu

Air cincau menjadi satu minuman popular terutamanya ketika Ramadan.

Rasanya yang kenyal, enak, segar dan sejuk apabila dicampur air batu sangat sesuai diminum untuk menghilangkan dahaga.

Rupanya cincau berasal dari pokok ini, ramai baru tahu

Ditambah pula dalam sirap bandung atau soya, fuhh memang sedap!

Ramai beranggapan bahawa cincau dihasilkan dari agar-agar namun ternyata ianya salah.

Cincau hitam sebenarnya berasal daripada pokok cincau atau grass jelly dengan mengambil bahagian daun dan ranting yang telah dikeringkan.

Menerusi perkongsian oleh Faidah Ahmad menerusi Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL,.

beliau berkongsi mengenai tanaman cincau yang ditanam sendiri di rumahnya sebelum dibekukan. Perkongsian tersebut menjadi tular di Facebook dengan mendapat 7.2 ribu ‘likes’ dan ribuan komen oleh wargenet..

Pertama kali masak cincau dari pokok cincau yang ditanam sendiri di rumah. Harap-harap menjadilah… dah separuh beku nampaknya tu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet juga dilihat teruja dan tidak mengetahui cincau sebenarnya berasal daripada tumbuhan. Ramai yang menyangka cincau adalah sejenis agar-agar yang ditambah pewarna.

BACA: Patutlah nombor pendaftaran kenderaan negeri Perak bermula dengan huruf ‘A’? Ini sejarahnya