Penyanyi Aina Abdul sanggup berhabis beratus ribu ringgit demi mendapatkan persalinan eksklusif yang berkonsepkan ‘Queen of Gold’
Dibuat pada Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA 3.0), Sabtu lalu.
Bukan sahaja mahal bahkan persalinan yang sarat dengan permata dan berlian itu dilaporkan seberat 40 kilogram.
Harganya pula cecah RM120,000, dengan tempoh 14 hari diperlukan untuk disiapkan!
Tambah mengejutkan, lima persalinan Aina pada konsert itu difahamkan bernilai hampir RM400,000 keseluruhan.
Menurut perekanya iaitu Ezuwan Ismail, busana emas yang memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan itu dibuat daripada bahan yang diperoleh dari luar negara.
“Fabrik emas ini memang tidak dijual di sini (Malaysia). Nak tak nak, kena beli dekat luar negara termasuklah batu-batuan yang memenuhi perincian persalinan tersebut.
“Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manik dan labuci.
“Selepas ia siap, berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuk ‘cape’,” katanya.
Menurut Ezuwan lagi, gaun berkenaan turut dijahit tangan dan seluruh permukaan fabrik dipenuhi batu-batu hiasan.
“Baju ini adalah jahitan tangan sepenuhnya seperti mana diminta oleh Aina sendiri. Ini bagi memastikan kualiti jahitan terjamin,” tambahnya.
Dalam pada itu, Ezuwan yang turut hadir menyaksikan persembahan Aina Sabtu lalu meluahkan kepuasannya saat melihat penyanyi popular itu muncul di pentas bersama busana yang direkanya.
“Satu kepuasan apabila pakaian yang dihasilkan selama dua minggu itu dilihat gah dipakai Aina.
“Saya anggap ini satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Aina dalam konsert meganya,” katanya lagi.
Baca juga:
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio