Rupanya boleh ambil barang kepunyaan hotel sebelum ‘check-out’. Biasanya jika kita pergi kemana-mana tempat dan bermalam di hotel, mesti ada dalam fikiran kita bahawa semua barang atau benda yang berada di hotel itu adalah untuk kegunaan ketika di hotel sahaja dan tidak boleh boleh dibawa balik sebab bukan hak kita.
Namun sebenarnya ada beberapa barangan di hotel yang boleh dibawa balik selepas kita menginap di sana.
Sekarang ini mungkin ramai orang yang mahu bercuti sebab sudah lama terkurung di rumah sebab pandemik. Nak tak nak kita kena juga teruskan hidup dan pada masa yang sama sentiasa beringat dan memastikan kita sentiasa ikut SOP walaupun bercuti.
Biasanya jika bercuti dan menginap di hotel sudah tentu tidak membawa kelengkapan kebersihan diri disebabkan sudah disediakan oleh pihak hotel.
Namun tahukah anda sebelum ‘check out’ ada beberapa kelengkapan yang disediakan oleh hotel boleh dibawa pulang sebagai kenangan.
Seorang pekerja hotel berkongsikan info mengenai barang yang boleh dibawa balik selepas kita menginap di hotel.
Perkongsiannya melalui akaun TikTok The Manohara Hotel Yogyakarta menunjukkan senarai barang hotel yang boleh bawak balik sebelum checkout.
Barang-barang hotel yang boleh bawa anda ambil dan bawa balik:
1. Laundry bag
2. Air mineral
3. Notepad
4. Selipar
5. Lotion, ubat gigi, gel mandian dan syampu
Haa, itulah beberapa barangan hotel yang boleh dibawa balik. Kalau selain daripada itu atau korang tak pasti, korang jangan nak gatal tangan nak ambil pula ya! Tanya dulu.
BACA:
Sesak di jambatan Pulau Pinang punca ramai graduan konvo USM terkandas
“Saya tetap jual sekeping roti canai 50 sen walaupun harga tepung naik”
Isteri Lan Solo kongsi rahsia dapat pakai kereta mewah selepas 13 tahun