Mahkota diraja Britain yang dimiliki pada hari ini dikatakan menyimpan warisan lebih 1,000 tahun, lengkap dengan batu permata yang diwarisi oleh keluarga diraja selama beberapa generasi.
Namun, banyak batu permata asal telah berubah atau hilang akibat reka bentuk mahkota yang diubah dari semasa ke semasa.
Malah, mahkota asal telah musnah sewaktu Britain menjadi sebuah republik.
Mahkota yang ada kini sebenarnya adalah hasil ciptaan semula sempena pertabalan Raja Charles II pada tahun 1661 selepas sistem monarki dipulihkan.
Batu Permata Bukan Asal dari Britain?
Mahkota diraja Britain kini tidak terlepas daripada kontroversi, terutamanya berkaitan asal-usul beberapa batu permata yang menghiasinya.
Sebahagian daripadanya didakwa diperoleh secara paksa daripada negara lain.
Berlian Koh-i-Noor: Simbol Kontroversi
Salah satu batu permata paling kontroversi ialah Berlian Koh-i-Noor. Berlian ini diletakkan pada mahkota khas yang dipakai oleh mendiang Ratu Elizabeth dan ibunya semasa pertabalan pada tahun 1937.
Berlian Koh-i-Noor didakwa diserahkan kepada mendiang Ratu Victoria oleh Syarikat Hindia Timur pada tahun 1849 selepas anak Maharaja Duleep Singh dipaksa menandatangani dokumen penyerahan kepada pihak British.
Berlian ini berasal dari wilayah India, Pakistan, dan Afghanistan, dan dianggap sebagai simbol kekuatan empayar pada masa itu.
Keputusan Ratu Camilla
Semasa pertabalan pada 6 Mei lalu, Ratu Camilla memilih untuk tidak menggunakan mahkota dengan Berlian Koh-i-Noor bagi mengelakkan salah faham dan kontroversi yang mungkin timbul.
Keputusan ini mencerminkan sensitiviti terhadap sejarah dan asal-usul batu permata yang dipertikaikan serta usaha untuk mengelakkan isu diplomatik dengan negara-negara asal berlian tersebut
BACA: Ada unsur lalai, dan salahguna kuasa, NGO buat report polis terhadap Tun M