Rupanya Arash Mohamad ada isteri cantik yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Rupanya Arash Mohamad ada isteri cantik yang ramai tak tahu.

Pelakon popular Arash Mohamad atau nama sebenar Azman Shah Ramlee merupakan seorang pelakon veteran Malaysia yang banyak membintangi drama bersiri televisyen.

Antara drama TV popular lakonan beliau adalah Seputeh Qaseh Ramadan dan Mr. Mama.

Rupanya Arash Mohamad ada isteri cantik yang ramai tak tahu

Arash yang jarang muncul di akhbar, majalah serta acara hiburan, dia tetap bersyukur kerana masih ramai peminat yang menghargai hasil kerjanya sebagai seorang pelakon.

Antara sebab lain dia lebih selesa menjalani kehidupan “low-profile” adalah kerana kurang gemar kehidupan peribadinya menjadi tatapan umum.

Berkongsi sedikit tentang statusnya sebagai suami kepada Noor Afidahwati Mohamad, Arash memberitahu dia bertuah kerana mendapat seorang isteri yang penyayang dan memahami dirinya sebagai seorang lelaki, suami dan pelakon.

Rupanya Arash Mohamad ada isteri cantik yang ramai tak tahu

Arash berkata, isterinya itu adalah pemangkin semangat buat dirinya dan perkahwinan yang sudah menjangkau usia empat belas tahun itu sentiasa dirasakan bagai berbulan madu.

“Asam garam dalam berumah tangga itu biasa bagi pasangan suami isteri tetapi isteri saya adalah yang terbaik buat diri saya kerana ciri-cirinya yang sentiasa memahami dan paling penting dia adalah pemangkin semangat buat diri saya,” ujarnya.

Arash berkata, dia sebolehnya tidak mahu mended4hkan mengenai kisah peribadinya kerana ia adalah privasi buat dia dan keluarga.

Pelakon Arash Mohd r3da dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniak4n cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.

Arash, 51, berkata, dia bersama isteri sentiasa berfikiran p0sitif selain meng4nggap belum ada rezeki untuk menim4ng zuriat walaupun pelbagai usah4 sudah dibuat.

“Saya sudah 14 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada r3zeki lagi.

“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan m4du bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.

“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada mas4lah pun.

“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi.

Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri r3da dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.

Dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angk4t.

“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dik3sali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.

“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.

Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di h0sp1tal. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembed4han sebab ada mas4lah membabitkan k3sihatan wanita.

“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masal4h dan tetap gembira,” katanya.

Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditem4ni dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.

Gemar berkongsi tantang kerjaya

“Saya lebih g3mar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang.

Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.

“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘hav0c’.

Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.

Selain berkongsi mengenai kucing k3sayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.

BACA:

Mak aii! Harga tembikai susu ini kalah durian musang king! Nilai dia macam sebiji kereta Honda!