Rupanya ada versi asal filem Mat Kilau tapi tak jadi, ‘Shuk Sahar jadi Mat apa?’ Kutipan filem Mat Kilau setakat Isnin, 4 Julai 2022 sudah pun meraih RM47 juta membuatkan ia terus menjadi bualan hangat ramai.
Filem hasil karya pengarah tersohor, Syamsul Yusof ini terus menerus membuatkan ramai bangga dengannya.
Susulan itu nama pahlawan Tanah Melayu, Mat Kilau menjadi sebutan dan semakin ramai yang mula ‘menggali’ kisah dan sejarah tokoh ini.
Bagaimanapun, ada yang tahu filem ini sebenarnya sudah pun menjalani penggambaran oleh pengarah dan pelakon lain sebelum Syamsul Yusof dilantik untuk ‘duduk’ di kerusi pengarah.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, ada pengguna yang mendedahkan klip rakaman sesi pengambaran dan promosi versi asal filem Mat Kilau ini. Dalam perkongsian tersebut dapat dilihat beberapa pelakon asal seperti Uqasha Senrose, Shuk Sahar dan ramai lagi.
Malah apa yang membuatkan ramai terkejut menyaksikan versi asal filem Mat Kilau ini adalah ada pula babak ‘terbang-terbang’. Di ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan versi asal filem Mat Kilau di ruangan komen seperti berikut:
“Ni bukan Mat Kilau ni Kluang Man!”
“Ni buat Mat Kilau raya boleh la”
“Ni bukan Mat Kilau dah ni..Ni dah sama level mak lampir boleh terbang sana sini”
“Dia jadi macam cerita lawak yang annoying semestinya bila tengok cast lama hahah”
BACA:
Bekas kekasih nak kahwin dengan Sera, orang ramai sokong minta jadi pengganti Shuk Sahar
Episod akhir harini, satu Malaysia kecam Khuzairi, Shukri Yahaya
Minta ilmu untuk tipu bini, sekali Shuk jawab “bodoh… aku dah berubah!”