Terletak di Georgetown, Pulau Pinang, kubur Yahudi ini adalah kubur terbesar orang Yahudi di Asia Tenggara
Ia dibuka pada tahun 1805 dan terletak di Jalan Zainal Abidin (dahulu dikenali sebagai Jalan Yahudi).
Sejarah orang Yahudi di Malaysia bermula apabila mereka melarikan diri dari Parsi ke India, kemudian ke Singapura, dan akhirnya ke Pulau Pinang.
Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana takut akan penganiayaan oleh pemerintah Parsi pada tahun 1830-an.
Di Eropah, orang Yahudi dihalau sejak abad ke-10 hingga ke-16. Di Sepanyol dan Portugal, mereka dihalau kerana dianggap sebagai ancaman terhadap agama Katolik dan memonopoli ekonomi secara keseluruhan (Alhambra Decree, 1492).
Mengikut perdagangan British pada abad ke-19, kumpulan Yahudi membentuk komuniti pembuat jam dan perniagaan kecil yang pesat berkembang. Mereka kemudian meninggalkan Malaysia selepas Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.
Populasi Yahudi di Pulau Pinang mencapai kemuncaknya pada tahun 1899, dan mereka meminta kubur khas untuk ahli mereka yang telah meninggal dunia. Sinagog Yahudi, tempat ibadat mereka, dibuka pada tahun 1929.
Kubur ini ditubuhkan oleh Gabenor British Pulau Pinang pada tahun 1805, iaitu Philip Dundas. Dia juga merupakan seorang pegawai tentera laut Syarikat Hindia Timur Scotland, Presiden Lembaga Marin, dan Penguasa Bombay.
Orang Yahudi terakhir di Malaysia yang meninggal dunia adalah Mordecai David Mordecai pada tahun 2011, lebih dikenali sebagai Pakcik Mordy, dan beliau dimakamkan di kubur Yahudi Pulau Pinang.
Kerana penurunan populasi Yahudi selepas Perang Dunia II dan ramai yang berpindah ke Singapura dan luar negara, komuniti Yahudi di Pulau Pinang kekurangan jumlah jemaah untuk melengkapkan ibadah di sinagog.
Oleh itu, sinagog terakhir di Jalan Nagor ditutup pada tahun 1976 kerana kekurangan jemaah, iaitu kurang dari 10 orang.
Zayn Gregory, seorang penulis buku dari Michigan, Amerika Syarikat, telah menulis buku mengenai orang Yahudi terakhir yang menetap di Pulau Pinang, Malaysia.
Beliau berketurunan Yahudi dan telah memeluk agama Islam pada usia 17 tahun. Kini, beliau menetap di Kuching, Malaysia, dan menjadi pensyarah senior Alam Bina di UNIMAS dari tahun 2016 hingga 2023.
Beliau telah menulis tentang sejarah awal Malaysia, termasuk migrasi orang Yahudi dari Arab, Eropah, dan India ke Tanah Melayu.