Rupanya ada cara senang nak masak sotong kering

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Bagi yang suka masak guna sotong kering, mesti tahu betapa lamanya masa nak ambil untuk lembutkannya, kadang-kadang sampai satu malam.

Mesti banyak kali fikir kalau nak masak sotong kering, rupanya dah ada cara senang untuk sotong kering ini.

Tips ini dikongsikan menerusi halaman Facebook ‘Resepi Pembuka Selera’.

Rupanya ada cara senang nak masak sotong kering

Cara lembutkan sotong kering dengan cepat

Sotong Kering Sarawak | Shopee Malaysia

Petua 1

Ramas beberapa helai daun betik yang cukup tua. Rendam bersama sotong kering selama satu hingga dua jam.

Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.

Petua 2

Jemur kulit durian sehingga kering dan kemudian tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk.

Kemudian masukkan serbuk ini semasa merendam sotong kering selama setengah jam. Seterusnya bersihkan sotong dan bilas dengan air.

Terus boleh dimasak.

Petua 3

Rebus seketul arang (abu kayu) bersama sotong kering hingga lembut.

Apabila sudah lembut, boleh tos dan bersihkan sotong.

Kemudian boleh terus boleh digunakan untuk memasak juadah yang disukai.

Baca juga:Sinki selalu tersumbat? Guna tip tukang paip ini, ‘confirm’ menjadi!