Rupanya 10 artis ini bekas Ratu Cantik Malaysia, no.8 tu paling ‘legend’ ada yang kenal ke?

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, Miss World dan Miss Intercontinental bukanlah sekadar sebuah pertandingan semata-mata.

Pertandingan ini menjadi satu medan untuk gadis tempatan menonjolkan diri mereka di samping menjadi satu platform untuk menceburi dunia seni tanah air.

Buktinya, ramai selebriti tempatan yang dilahirkan dari pertandingan ratu cantik.

Rupanya 10 artis ini bekas Ratu Cantik Malaysia, no.8 tu paling 'legend' ada yang kenal ke?

Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara di pentas antarabangsa menjadi satu tiket untuk dikenali dan juga menjadi perhatian media.

 

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

TAN SRI MICHELLE YEOH

Michelle Yeoh merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 1983. Bermula dari situ dia mula melbarkan sayapnya di dalam bidang lakonan dan berjaya menjadi seorang pelakon bertaraf antarabangsa.

Antara filem terkenal lakonannya seperti James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian dan yang terbaharu Shang-Chi and the legend of the ten rings.

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

KAVITA SIDHU

Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam ini merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Paling mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus menjadi antara wakil Malaysia pertama yang menjuarai pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

ERRA FAZIRA

Antara gadis Melayu popular yang mencipta nama menerusi pertandingan ratu cantik. Erra Fazira memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 ketika berusia 18 tahun. Kemenangannya itu membuka ruang untuk dia dikenali sebagai seorang model dan pelakon.

Manakan tidak, debut lakonannya menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 membuahkan hasil sehinggakan dia dikenali sebagai primadona filem melayu. Kemudiannya dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian dan ternyata dia juga berjaya sebagai penyanyi.

ROZITA CHE WAN

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Popular sebagai model sebelum bergelar pelakon, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, namun debutnya menjadi dan dia antara pelakon popular di Malaysia menerusi pelbagai drama dan juga filem.

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Lina mencipta sejarah apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 1998. Kejayaannya ini merupakan pencapaian terbaik wakil Malayisa setakat ini dalam pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu. Sejurus itu, wanita cantik ini menceburi dunia seni menerusi siri komedi Kopitiam yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Selain itu dia turut bergelar seorang pengacara dan juga penerbit.

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa
10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Elaine memulakan langkahnya sebagai seorang model dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2003. Sejurus memenangi pertandingan tersebut dia seterusnya aktif sebagai model dan mula menceburi dunia lakonan. Kefasihannya berbahasa melayu menjadi satu kelebihan dan dia telah membintangi banyak drama dan filem di Malaysia. Antara filem yang lakonannya seperti The Reb Kebaya dan Cuci. Pada tahun 2010 dia telah mememangi anugerah pelakon wanita terbaik drama Anugerah Seri Angkasa menerusi lakonannya di dalam drama Apa Dosaku?. Selain bergelar seorang pelakon dia juga merupakan seorang pengacara yang popular.

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Wanita cantik tinggi lampai ini antara ratu cantik Malaysia yang paling diingati dalam sejarah ratu cantik Malaysia. Kegagalannya tembus sebagai top 16 pada pertandingan Miss Universe 2011 menjadi tanda tanya seluruh dunia kerana dia dilihat sebagai pesaing utama dalam pertandingan itu.

Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah terlebih dahulu memegang gelaran Miss World Malaysia 2007 dan dia berjaya berada dikalangan finalis top 16 pada pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di China. Deborah merupakan seorang pengacara yang kerap menjadi pilihan pelbagai jenama dan dia juga menjadi pilihan stesen TV untuk mengacara seperti rancangan Bella di ntv7. Selain itu dia juga pernah berlakon di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Dr Soo Wincci merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia bagi edisi tahun 2008. Kemenangannya ini membuka peluang untuk dirinya bergelar anak seni dalam industri seni tempatan. Dia membintangi drama seperti Mr Siao’s Mandarin Class, Injustice, Justice in the City dan banyak lagi.

Drama yang mengangkat namanya dikalangan peminat Melayu adalah Kau Yang Satu yang mana dia memegang watak antagonis disamping pelakon hebat lain seperti Dato’ Aaron Aziz dan Izara Aishah. Selain bergelar pelakon Dr Soo Wincci juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu dalam bahasa melayu yang bertajuk, Terus Teranglah. Dia juga pernah bergelar finalis Masterchef Malaysia dan berjaya menjadi top 5.

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

 

Wanita tinggi lampai berdarah India ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009.

Dengan ketinggian melebih 180cm dia merupakan antara model popular di Malaysia. Thanuja kini merupakan seorang pelakon, model dan hos. Dia membintangi drama seperti Temuan Takdir, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak.

Dia juga merupakan seorang juri bagi pertandingan realiti All Together Now Malaysia.

BACA: Pengunjung dakwa hotel 4 Bintang letak air mani dalam sabun mandi?