Rumah ‘The Conjuring’ bakal dijual RM6.6 Juta

Oleh MHDAILY

Rumah ‘The Conjuring’ bakal dijual RM6.6 Juta. Sebuah rumah agam berusia 286 tahun yang menjadi tapak beberapa peristiwa misteri dan mengilhamkan filem seram terbitan 2013, The Conjuring akan dijual pada harga AS$1.5 juta (kira-kira RM6.6 juta).

Portal NDTV melaporkan rumah ladang seluas 3,100 kaki persegi (kira-kira 288 meter persegi) yang terletak di Rhode Island adalah satu daripada rumah berhantu Amerika Syarikat (AS) yang paling terkenal.

Penyiasat paranormal, Jenn dan Cory Heinzen adalah pemilik terdahulu rumah itu selepas membelinya pada 2019.

Difahamkan, pembeli baharu, Jacqueline Nunez, ialah pemaju hartanah dari Boston.

Heinzen akan mengadakan siaran langsung di halaman Facebook (FB) pada Khamis untuk membuat pengumuman mengenai penjualan hartanah berkenaan.

Rumah 'The Conjuring' bakal dijual RM6.6 Juta

The Wall Street Journal melaporkan bahawa pasangan itu menerima beberapa tawaran untuk rumah tiga bilik tidur itu.

“Kami mendapat banyak tawaran yang tidak masuk akal, tetapi ramai enggan ditemu bual,” kata Heinzen.

Pasangan itu kemudiannya berkeras untuk menemu bual beberapa bakal pembeli berpotensi sebagai syarat untuk menjual hartanah berkenaan.

Mereka juga mengemukakan beberapa syarat lain, termasuk pembeli tidak tinggal di rumah itu kerana apa yang mereka dakwa adalah sebagai perlindungan kepada pembeli.

Pemilik baharu perlu terus menggunakan rumah itu sebagai entiti perniagaan dan membenarkan pelawat bermalam serta menjalankan siasatan ke atas aktiviti paranormal di situ.

Andrea Perron, 63, yang tinggal di rumah itu antara 1971 dan 1980 berkata, keluarganya mengalami pengalaman pahit di sana.

Wanita itu mendakwa, dia pernah melihat ibunya melayang di atas kerusi dan kemudian dicampak sejauh 20 kaki (kira-kira enam meter).

Bagaimanapun, Perron menambah bahawa ibunya tidak mempunyai ingatan mengenai peristiwa itu.

Seorang penyiasat paranormal, yang melawat rumah itu ketika keluarga Perron tinggal di sana berkata, keluarga itu menggambarkan seorang perempuan ditampar oleh ‘entiti ghaib’.

Kemudian, dua lagi penyiasat paranormal menawarkan diri untuk membantu dalam siasatan.

Kisah berkenaan diadaptasikan dan dipaparkan dalam filem seram, The Conjuring, pada 2013.

BACA:

Bayar RM20 dapat sup perut ‘pakej’ dengan tahi, “saya ingat lemak..”

Tular laporan Mawar Karim dah kahwin tiga bulan dengan Datuk Z, ini respon tuan badan

Rafizi mahu terus gerakkan PKR untuk siap sedia hadapi PRU15

Leave a Comment