Rumah paling unik di dunia, dah 40 tahun duduk tengah roundabout

Oleh MHDAILY

Rumah paling unik di dunia, dah 40 tahun duduk tengah roundabout. Sebuah keluarga di Wales tinggal di tengah-tengah bulatan jalan raya selama lebih empat dekad selepas enggan berpindah walaupun pihak berkuasa membina laluan persimpangan untuk ribuan kenderaan mengelilingi kediaman mereka.

Lapor Oddity Central, pasangan suami isteri, David John dan Eirian Howatson berpindah ke banglo mereka di Denbighshire pada tahun 1960 dan mulanya hartanah itu hanyalah kawasan kejiranan biasa sehinggalah pihak berkuasa memberitahu kediaman mereka betul-betul berada di dalam bulatan baharu yang ingin dibina.

“Saya tinggal di bulatan ini selama lebih 40 tahun malah ibu bapa kami sudah berada di kediaman ini selama 20 tahun sebelum itu lagi, jadi rumah ini menjadi sebahagian besar kehidupan kami.

Rumah paling unik di dunia, dah 40 tahun duduk tengah roundabout

“Saya boleh katakan pengalamannya sama seperti tinggal di mana-mana jalan, tetapi tidaklah teruk kerana kami mempunyai cermin berganda, jadi, bukan sesuatu yang mengganggu dan jalan raya hanya menjadi sangat sibuk pada waktu puncak untuk beberapa ketika sahaja,” jelas Clwyd Howatson kepada NorthWalesLive.

Ramai pemandu mungkin ‘menggaru kepala’ ketika mengelilingi rumah Howatsons kerana sukar menjangkakan jika ada kenderaan yang tiba-tiba keluar dari kawasan kediaman itu menghala ke tengah susur bulatan, tetapi, sehingga kini mereka tidak pernah mengalami kemalangan disebabkan perkara itu.

Namun, cabaran terbesar keluarga Howatsons adalah ketika menerima barangan yang dipesan kerana berkongsi poskod yang sama dengan rumah di sekeliling mereka, menyebabkan pemandu penghantaran mengambil sedikit masa untuk menyedari alamat itu berada di tengah-tengah bulatan.

Rumah paling unik di dunia, dah 40 tahun duduk tengah roundabout

“Biasanya apabila kami memberi arahan saya perlu menjelaskan kami bukan berada berhampiran tetapi di tengah bulatan dan mereka selalu terdengar agak ragu-ragu sehingga mereka tiba di sini,” jelas Clwyd.

Clwyd berkata, rumah bulatan itu sudah didiami keluarganya sejak sekian lama dan mahu terus menetap di lokasi itu kerana menyukai keunikannya.

BACA JUGA :

Covid makin menggila, mayat terpaksa dibakar atas jalan

KKM tawar 5,000 jawatan kosong tetap, mohon sekarang

Sunway Medical Centre kini hospital pintar terbaik 2022