‘Rumah KSN pun kena banjir kilat’. Hujan lebat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di pusat pentadbiran kerajaan di sini termasuk kawasan kediaman Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali mengalami banjir kilat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Afizi Zolkifli berkata, dalam kejadian jam 4.22 petang, lokasi terjejas termasuk Persiaran Seri Perdana, kejiranan di Presint 10 serta Klinik Kesihatan Presint 9 dan sekitar Presint 11A.
Mohd Afizi berkata, bagaimanapun banjir kilat itu surut sepenuhnya sekitar jam 5 petang selepas laluan air longkang dibersihkan.
Katanya, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dikerahkan ke lokasi bagi memantau keadaan.
“Sejurus anggota tiba tiga lokasi di Presint 9, 10 dan 11 mengalami banjir kilat dengan kedalaman 20 sentimeter,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Afizi berkata, pemeriksaan mendapati, banjir kilat berpunca daripada laluan air ke longkang tersumbat dan banjir surut selepas anggota bomba membersihkan saluran longkang tersumbat.
BACA:
Polis siasat Ketua Pemuda Pas kata ‘Undi BN, PH masuk neraka’
Lizzy dan suami bergendong naik motor beli PS5, akui tak ada kereta
Anak Aliff Syukri jawab soalan best ke tak jadi anak Dato – “Jujur betul dia ni..”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio