Roboh kuil, cuti Thaipusam antara punca saya tinggalkan Pas

Oleh MHDAILY

Keputusan kerajaan Kedah merobohkan kuil dan keengganan memberikan cuti umum bagi perayaan Thaipusam antara faktor menyebabkan Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), S Barathidasan keluar parti Islam itu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas semua rayuannya berkaitan isu berkenaan tidak diendahkan kepimpinan tertinggi PAS, ketika Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengenepikan sentimen komuniti Hindu di negeri itu melalui keputusan dan tindakannya.

“Ini menunjukkan kami dipergunakan untuk memberi gambaran kononnya PAS menjaga kepentingan orang bukan Islam,” katanya kepada FMT.

Baca Artikel Penuh