RM 4 billion saman tertunggak sejak tahun 1990, ini ‘golongan’ yang paling culas bayar

Oleh FAHMI ABBAS

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman,

Datuk Sri Mohd Yusri Hassan Basri, telah mendedahkan angka yang mengejutkan mengenai jumlah saman trafik yang belum dibayar sejak beberapa dekad lalu.

Beliau melaporkan bahawa sebanyak 40,962,240 saman trafik dari tahun 1990 hingga Jun tahun ini masih belum dijelaskan, dengan jumlah keseluruhannya mencecah RM4 bilion.

Daripada 41 juta saman ini, sebanyak 51,128 saman yang dianggarkan bernilai RM5.1 juta telah dikeluarkan kepada warga asing dari negara jiran seperti Singapura, Brunei, dan Thailand.

Menurut Datuk Sri Mohd Yusri, rakyat Singapura menduduki tempat teratas sebagai pesalah terbanyak, dengan 35,011 saman yang bernilai sekitar RM3.5 juta masih belum dibayar.

RM 4 billion saman tertunggak sejak tahun 1990, ini 'golongan' yang paling culas bayar

Apabila seseorang gagal membayar saman yang tertunggak, pihak jabatan akan mengeluarkan notifikasi untuk memaklumkan mereka.

Jika saman tersebut masih tidak dibayar, mereka mungkin akan disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Terdapat enam kesalahan yang boleh menyebabkan disenaraihitam, seperti melanggar lampu merah, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan alat komunikasi semasa memandu, potong barisan, dan memandu melebihi had laju,” tambahnya.

Datuk Sri Mohd Yusri juga menambah bahawa pesalah trafik boleh membayar saman mereka secara dalam talian melalui MyBayar, tanpa perlu hadir ke balai polis.

“Jika pesalah adalah warga asing, polis akan meningkatkan usaha untuk mengatasi saman yang belum dibayar ketika mereka masuk atau keluar dari negara ini.

“Walaupun diskaun untuk saman tertunggak ditawarkan secara selektif dan berdasarkan permintaan agensi, diskaun 50% secara automatik tersedia dalam tempoh sebulan seperti yang dinyatakan dalam notis saman,” ujarnya.

BACA:‘Jangan percaya bulat-bulat’ Iqram dedah perangai sebenar Shuk Sahar