Rita Rudaini dapat tawaran berlakon, ramai pula yang tak puas hati

Oleh MHDAILY

Rita Rudaini dapat tawaran berlakon, ramai pula yang tak puas hati. Pelakon sensasi Rita Rudaini membuat pendedahan banyak pihak kini tidak senang duduk apabila namanya dipetik untuk diberikan tawaran lakonan daripada beberapa produser tanah air termasuk daripada Zeel Production Sdn. Bhd.

“Sejak semalam viral bila produser @hj.zil (pemilik Zeel Production) beritahu hendak ambil saya untuk berlakon dengannya. Ramai yang tidak senang duduk nampaknya.

“Jangan risau, saya belum beri kata putus lagi. Masih dalam perbincangan. Tapi kalau itu yang tertulis (rezeki berlakon), saya tidak menolak rezeki dari Allah SWT,” kata Rita menerusi satu hantaran dalam InstaStory miliknya.

Ujar pelakon berusia 46 tahun itu lagi, dia sebenarnya telah dihujani banyak tawaran lakonan sejak sebelum puasa, namun terpaksa ditolak dengan cara baik atas sebab tertentu

“Saya nak beritahu sikit dekat netizen-netizen yang panas ‘pungkok’ (punggung) lagi busuk hati. Sebelum puasa lagi dah ramai produser mesej ajak saya berlakon.

“Tapi saya menolaknya cara baik kerana saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian. Jadi tak payah takut dengan saya,” katanya.

Jelas pelakon filem Mami Jarum itu lagi, dia percaya Tuhan telah melindungi dirinya serta anak-anak kerana hidupnya dikelilingi dengan manusia yang busuk hati.

“Tuhan selalu lindungi saya dan anak-anak sebab ramai rupanya yang busuk hati dengan saya.

Rita Rudaini dapat tawaran berlakon, ramai pula yang tak puas hati

“Saya selalu percaya dengan rezeki yang datang daripada Allah SWT yang datang daripada pelbagai sudut dan rupa,” jelasnya.

Dalam satu hantaran berbeza, pelakon asal Perlis itu bahkan turut mendedahkan terdapat juga segelintir rartis tidak berpuas hati apabila dirinya mendapat tawaran untuk kembali berlakon memandangkan status diri yang tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Rakan selebriti yang tidak perlu didedahkan identiti itu bimbang jika kehadiran Rita menjadi penyebab jangkitan Covid-19 di lokasi penggambaran.

“Katanya takut kena Covid-19 daripada saya yang tidak divaksin. Sebelum ini ‘dia’ kena Covid-19 daripada siapa?

“Satu set dijangkiti Covid-19 daripada siapa? Bukan sudah berdos-dos cucuk vaksin ke?” soal Rita.

Dalam perkongsian itu juga, Rita secara sinis meminta pihak produser supaya memberikan watak yang ditawarkan untuknya kepada ‘artis’ tersebut.

“Berilah watak saya untuk artis yang bising tu. Mana tahu senyap nanti,” sindir Rita.

Sekadar info, Rita cukup terkenal dengan kelantangannya menolak suntikan vaksin tetapi menafikan dirinya anti vaksin dan memilih menjadi ‘prosafe’ iaitu individu yang menunggu vaksin betul-betul selamat untuk digunakan.

Disebabkan masih belum mengambil suntikan vaksin, dia pernah digugurkan daripada produksi drama 100 episod.

BACA:

Kelab malam sudah boleh beroperasi, ruang tari 100 peratus boleh diguna

Suami mengaku buat hubungan dengan isteri orang sampai hamil, menangis merayu..

Tragis tetamu datang beraya, hobi ribuan ringgit habis dirosakkan

Leave a Comment