Risau terbeli ayam di pasar tak segar? Ikut je step ini

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Ayam yang segar sangat penting untuk menjamin kualiti hidangan yang dimasak.

Bagi sesetengah individu, mencari ayam mentah yang segar di pasar sering kali menjadi cabaran kerana kesemuanya kelihatan serupa.

Jadi, apakah faktor yang boleh diambil kira untuk menentukan kesegaran ayam?

Mari kita ikuti nasihat dari seorang bekas tukang masak tentang perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa memilih ayam:

Warna Kulit

Ayam yang kulitnya berwarna putih merah jambu atau merah adalah tanda ayam yang segar.

Risau terbeli ayam di pasar tak segar? Ikut je step ini

Jika kulit ayam pucat atau kebiru-biruan, ini mungkin menunjukkan ayam tersebut telah diberi bahan pengawet formalin dan telah disejukkan.

Tekstur

Ayam yang segar apabila ditarik pada sayapnya, akan kembali kepada posisi semula. Tetapi jika ayam tidak segar, sayapnya akan terkulai.

Isi ayam yang segar apabila ditekan akan terasa empuk dan kembali kepada bentuk semula apabila dilepaskan. Tetapi jika isi ayam terasa tenggelam apabila ditekan, ini menunjukkan ayam sudah agak lama.

Darah

Ayam segar tidak sepatutnya mempunyai banyak darah atau cecair berdarah. Ini mungkin menandakan ayam telah dibekukan dan dicairkan semula.

Bau

Ayam yang segar tidak akan berbau busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

Kehadiran Lalat

Sekiranya terdapat lalat yang berhinggap atau menghurungi ayam, ini menunjukkan ayam tersebut mungkin tidak lagi segar.

Elakkan membeli ayam dari gerai yang banyak lalat, kerana ini boleh menjejaskan kesegaran ayam yang anda beli.

BACA: “Mula-mula mesej biasa je tapi anak saudara suami selalu mesej aku, sekarang aku jatuh cinta dengan anak saudara suami”