Risau anak tak cukup makan, gadis ini kecewa mak tak restu anak kahwin dengan tabligh

Oleh MHDAILY

Risau anak tak cukup makan, gadis ini kecewa mak tak restu anak kahwin dengan tabligh.

DALAM urusan berkaitan jodoh, antara perkara penting yang patut dititikberatkan adalah mendapatkan restu orang tua sebelum mendirikan rumah tangga.

Memang benar restu ibu bapa bukanlah perkara wajib atau menjadi syarat sah perkahwinan, namun kita dinasihatkan untuk mentaati dan membahagiakan mereka selaku insan penting dalam kehidupan.

Risau anak tak cukup makan, gadis ini kecewa mak tak restu anak kahwin dengan tabligh

Dalam satu perkongsian di laman Twitter, seorang wanita meluahkan perasaan di mana dia tidak mendapat restu ibu untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, ibunya tidak memberikan ‘lampu hijau’ hanya kerana calon suaminya itu merupakan ahli tabligh.

“Mak kata orang tabligh selalu tinggal bini dekat rumah, biar bini kelaparan. Mak pun bagi contoh jiran sebelah. Jiran sebelah tu, laki dia orang tabligh, lepas tu laki dia selalu tinggal bini dia seorang diri dekat rumah.

“Laki dia tak bagi dia kerja, akhirnya bercerai. Mak takut jadi macam ni,” luahnya.

 

Golongan tabligh sering berdakwah di kawasan perkampungan. Gambar sekadar hiasan

Berkongsi lebih lanjut, wanita berkenaan berkata dia berat hati untuk memutuskan hubungan dengan pilihan hatinya kerana lelaki berkenaan disifatkan terlalu baik dan seorang yang kuat agama.

“Saya betul-betul berkenan dengan laki tu sebab dia layan saya baik sangat. Saya tak pernah dapat layanan sebaik itu.

“Dia dah banyak habiskan duit dekat saya. Dia tak pernah kasar dengan saya walau sekali pun. Kalau masa marah, dia selalu pujuk sampai saya tenang. Dia selalu ingatkan saya tentang solat, dia pun selalu ajak saya bangun tahajud.

“Hati saya berat nak lepaskan dia. Saya buntu, takut nanti kalau lawan cakap mak, dikira derhaka pula walhal dia tak tahu banyak dah lelaki sakitkan hati saya sebelum ni, tak layan saya dengan elok.

“Apabila dah jumpa yang baik, macam ni pula jadinya… terkilan juga rasa. Tolong, apa yang patut saya buat?” kongsinya lagi sambil meminta pendapat warga maya.

Mak awak risau bersebab. Mak mana yang tak fikirkan masa depan anak dia.
Luahan wanita tersebut seperti yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding mengundang perhatian warga maya yang turut memberikan pandangan masing-masing bagi membantunya membuat keputusan.

Sebahagian daripadanya mencadangkan supaya wanita tersebut menyiasat latar belakang kekasihnya agar tidak ditimpa masalah kemudian hari.

“Mana-mana lelaki sebelum kahwin memang akan layan kamu dengan baik, siap tunjuk kesungguhan itu ini sampai hati cair. Tapi tanyalah future planning dia. Bagaimana dia cari duit? Komitmen bulanan dia? Mak kamu lebih bijak sebab berfikir jauh.

komen tabligh

Antara komen netizen yang menasihatkan wanita tersebut agar menuruti kata-kata ibunya.

“Mak awak risau bersebab. Mak mana yang tak fikirkan masa depan anak dia. Periksa dulu betul-betul laki tu, jangan (sebab) layan baik, terus sayang.

“Layanan baik daripada seorang lelaki tak cukup kalau kewangan tak stabil. Kecuali kamu pasti bila dia keluar tabilgh, dia boleh sediakan kewangan yang cukup untuk kamu sepanjang dia tak ada.

“Listen to your mom. Kalau nak yakinkan mak, lelaki tu kena tunjuk effort dia pergi jumpa mak, biar mak nampak dia betul-betul boleh provide tempat tinggal, makanan, pakaian yang selesa lepas kahwin,” demikian antara komen netizen.

BACA:

Tak sangka! Rupanya Datuk Yusof Haslam ada isteri pertama yang ramai tak tahu

Eyka Farhana hadir event H&M, sekali lain pula yang netizen perasan