“Riaknya la suami Fatin Afeefa ni” – Nampak macam tak hargai orang bagi gift murah

Oleh MHDAILY

“Riaknya la suami Fatin Afeefa ni” – Nampak macam tak hargai orang bagi gift murah. nama suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Opai, hangat diperkatakan berikutan kerap membuat perkongsian dalam laman sosialnya yang didakwa netizen sebagai ‘meminta-minta’ atau sengaja mengundang perhatian.

Selepas isu lelaki dominan dan ‘gigitan cinta’, terkini pemilik nama sebenar Aliff Awang itu dikatakan bersikap riak ketika membuat sesi siaran langsung TikTok.

Menerusi sesi yang sempat dirakam netizen, Opai berkongsi keterujaan apabila mendapat ‘gift’ atau hadiah berupa ikan paus daripada pengguna TikTok.

Riaknya la suami Fatin Afeefa ni" - Nampak macam tak hargai orang bagi gift murah

Pada masa sama, lelaki bertaraf jutawan itu mengungkit pula hadiah pemberian pengikut lain yang hanya memberikan hadiah murah kepadanya.

“Ada orang bagi gift ke? Ini baru gift. Kalau ya pun nak bagi gift, ini namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap terima kasih, agak-agak la.

“Saya kalau masuk ‘live’ orang, saya bagi gift banyak-banyak,” katanya ketika sesi tersebut.

Pastinya kenyataan seperti tidak tahu berterima kasih atau bersyukur tersebut mencetuskan reaksi kurang senang netizen yang menyifatkan suami pelakon itu sebagai individu yang riak.

Rata-rata mendakwa dia seperti hilang rasa rendah diri sedangkan suatu ketika dulu mendedahkan pernah hidup susah.

BACA:

Patutlah laku keras, rupanya plaster luka jadi pelaris kuey teow goreng kedai makan di Bkt Bintang

“Nak muntah saya tengok video saya asyik FYP” – Fatin Afeefa