‘Rezeki yang tak disangka-sangka, warga emas terkejut ada RM 18k wang tak dituntut

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Inilah yang disebut sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu posting di X semalam,

Beliau telah berkongsi sebuah kisah menarik mengenai seorang warga emas di Miri, Sarawak.

Menurut posting tersebut, dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 yang diadakan di Boulevard Mall Miri

Baru-baru ini, seorang warga emas telah mengunjungi reruai MOF untuk mendapatkan perkhidmatan.

'Rezeki yang tak disangka-sangka, warga emas terkejut ada RM 18k wang tak dituntut

Namun, tidak disangka, selepas semakan dibuat, warga emas itu mendapati bahawa beliau mempunyai Wang Tidak Dituntut atas namanya yang berjumlah RM18,000!

Susulan itu, MOF memaklumkan bahawa wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank milik warga emas tersebut dalam tempoh 30 hari selepas Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Cawangan Miri) menerima dokumen lengkap.

BACA: Lelaki berpura-pura OKU kutip derma dengan raih simpati tiba-tiba boleh berdiri