Rezeki turun dari langit, wanita ini jumpa mutiara bernilai RM 392,024 ketika menikmati oyster

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Tuah berpihak pada seorang wanita di Texas apabila dia secara tidak sengaja menemui sebutir mutiara di dalam tiramnya semasa sedang menikmati makan malam romantis, lapor New York Post.

Klip video penemuan secara tidak sengaja itu telah tular di media sosial dan mendapat tontonan melebihi 700k tontonan.

“Kami sedang makan tiram dan sebutir mutiara secara tiba-tiba muncul,” kata Kenia Mac kepada Jam Press tentang tuahnya itu.

Rezeki turun dari langit, wanita ini jumpa mutiara bernilai RM 392,024 ketika menikmati oyster

Penemuan itu dibuat semasa wanita tersebut sedang bersama dengan teman lelakinya menikmati malam romantis di sebuah restoran makanan laut di kampung halaman mereka di Dallas.

Malam mereka menjadi lebih sempurna selepas juruhias kuku itu menemui objek berkilat dalam susunan menu tiram yang dihidangkan.

 

Setelah diperiksa lebih dekat, wanita itu menyedari bahawa objek yang berada dalam cengkerang itu seperti harta karun dalam kotak cincin prasejarah.

Kredit Jam Press
Rakaman video itu turut menunjukkan sewaktu kejadian, wanita tersebut sedang memegang sapu tangan kecil berwarna putih di tangannya sambil memuji nasib baiknya.

“Ia kecil, tetapi ia adalah mutiara,” kata wanita bertuah yang berasal dari Mexico di dalam video tersebut.

Wanita itu masih belum membawa mutiara itu untuk dinilaikan, namun ia dijangka mencecah sehingga ribuan dolar, menurut Pearl Source.

Kemungkinan untuk mendapatkan mutiara di dalam cengkerangnya yang boleh dimakan sangat jarang berlaku. Hanya satu daripada 10,000 tiram menyimpan khazanah lautan ini.

Wanita itu bukanlah orang pertama yang bernasib baik seperti itu.
Tahun lepas, pasangan dari New Jersey telah berjaya mendapat durian runtuh selepas menemui mutiara bernilai ribuan dolar di sebuah restoran.

Terdahulu, seorang lelaki di Chonburi dilapor telah menemui mutiara Melo yang bernilai lebih £70,000, kira-kira RM392,024 selepas membeli siput berharga RM5.60.

Menurut Daily Mail, Monthian Jansuk, 40, telah membeli siput berkenaan di sebuah pasar berdekatan rumahnya pada harga 50 baht pada 10 Februari lalu.

Dia turut membeli beberapa makanan lain termasuk ikan, udang dan kepah untuk digril bersama keluarga.

Keluarga itu menyedari kewujudan mutiara berkenaan apabila anak lelaki mereka tergigit sesuatu yang keras. Apabila dia meluah sebiji mutiara berwarna oren semasa memakan siput tersebut.

BACA: Walaupun ada ‘slipdisc’, pengorbanan wanita ini bantu ringankan beban suami cari duit lebih buat netizen sebak