Rezeki terpijak! Pemuda ini jumpa duit emas zaman british dalam pasir, bila ditukar kepada RM, auto jutawan!
Seorang pengesan barang logam menjadi kaya sekelip mata selepas menemukan satu daripada kepingan syiling emas pertama England.
Syiling emas yang memaparkan gambar Raja Henry III itu dijual pada harga 648,000 pound (RM3.7 juta) dalam acara lelongan, sekali gus mencipta rekod dunia.
Lapor Daily Mail, Michael Leigh-Mallory menemukan syiling emas itu menerusi alat pengesan logamnya di sebuah tanah ladang di Hemyock, Devon pada September tahun lalu.
Syiling emas yang berasal dari sekitar tahun 1257 itu dilaporkan berukuran kurang daripada 2.5 sentimeter.
Dilaporkan, hanya terdapat lapan keping syiling itu yang berjaya dikesan setakat ini, dengan kebanyakannya disimpan di muzium.
Malah, syiling emas ini dianggap sebagai yang pertama ditemukan dalam tempoh 260 tahun.
Leigh-Mallory tidak menyedari nilai luar biasa syiling itu sehingga memuat naik beberapa gambar dalam Facebook sebelum dibubungi firma lelongan, Spink & Son dari London.
Menurut pakar, permukaan syiling Raja Henry III itu memaparkan potret ‘sebenar’ seorang Raja Inggeris di atas takhtanya sejak era William the Conqueror.
Harga syiling itu mencecah 540,000 pound (RM3.04 juta) dan bayaran tambahan menjadikan jumlah terakhir dibayar oleh pembeli warga Britain adalah sebanyak 648,000 pound.
BACA:
Akhirnya bakal tamatkan status ‘single’, Zizan beli 3 helai tudung mahal untuk siapalah tu?