Review paling jujur pengunjung ke Splash Mania, Waterpark baru di Selangor. Waterpark terbaharu SplashMania yang dinantikan akhirnya dibuka secara rasmi pada 6 Febuari semalam.
Rileklah berpeluang untuk merasai sendiri keseronokan SplashMania terlebih dahulu sempena majlis pra-pelancaran khas untuk media.
Jadi kali ini, kami tampilkan review ringkas apa yang anda boleh expect di SplashMania!
1. Fasiliti Terbaik dan Mesra Keluarga
Mungkin ini reaksi awal kerana SplashMania baru sahaja beroperasi kan, tapi yang menarik perhatian kami adalah locker yang disediakan menggunakan sistem yang cukup sistematik.
Anda tak perlu pegang kunci atau ingat pintu no locker anda! Anda hanya perlu key in no. telefon dan ingat warna locker anda yang dijadikan sebagai ‘kunci’ locker. Anda boleh buka dan tutup locker tersebut bila-bila masa.
Cas dikenakan untuk locker
Selain itu, di ruang locker yang sama turut disediakan tandas dan bilik mandi. Yang bestnya shower disediakan ada air panas! Memang puas hati lah.
Selepas selesai bersihkan diri dan tukar pakaian, anda boleh terus ke surau yang turut berada di ruang locker. Cukup mudah dan selesa.
Kabin turut disediakan untuk anda yang inginkan ruang peribadi di kawasan Omba’king Cove (Pantai) dalam jumlah yang terhad, jadi anda kena datang awal!
2. Slide Untuk Semua
Di SplashMania, terdapat 24 jenis gelongsor air dan 15 tarikan yang sesuai untuk semua lapisan umur! Ada yang anda boleh naik berdua, ada yang tak perlu pelampung, ada yang esktrem dan mencabar, dan sudah tentunya ada untuk anak-anak!
Antara slides yang anda wajib cuba ada tiga slide yang pertama kalinya ada di Malaysia. Tiga slide tersebut adalah The Shaka Waka, The Wild Rush dan juga The Atlantis VR. Walau bagaimanapun, ada beberapa slide dan juga tarikan yang belum beroperasi.
3. Bergembira di pantai dan menyusuri sungai
Tak sempurna satu waterpark kalau tiada pantai dan ombak! Yang bestnya di SplashMania, pantai yang berlatarbelakangkan satu kapal besar yang memang wow! Terdapat beberapa persembahan turut disediakan untuk pengunjung.
BACA:
“Mainan happy meal baru ke tu?”, tular video tikus berkeliaran di kaunter McDonald