Restoran terkemuka didakwa guna daging babi dalam masakan tapi miliki sijil halal JAKIM

Oleh MHDAILY

Restoran terkemuka didakwa guna daging babi dalam masakan tapi miliki sijil halal JAKIM. pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,

iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

Restoran terkemuka didakwa guna daging babi dalam masakan tapi miliki sijil halal JAKIM

“Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda seperti bawah Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Beliau sekali gus menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang Sijil Halal JAKIM sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta menekankan aspek kesucian dan kebersihan untuk menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

“Pemeriksaan sama terhadap cawangan restoran berkenaan turut dijalankan oleh pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, Kajang dan Gombak membabitkan seramai 15 anggota,” katanya.

Beliau mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan isu halal oleh pihak pengusaha makanan dan minuman, dengan melaporkannya melalui Hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

“Orang ramai juga boleh menyalurkannya melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp menerusi talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif,” katanya.

BACA:“Silap besar, aku pilih sebab berkopiah je, pakai lebai belum tentu baik rupanya, dah kahwin suami dedah perangai sebenar”

“Datuk saya minta maaf”, DJ radio Kool FM buat Chef Wan menitis air mata ketika bersiaran, ini ceritanya