Dalam artikel ini, saya akan kongsikan resepi saya yang telah mendapat kongsi sebanyak 5,000 LIKE dan dimuatkan dalam laman web majalah RASA.
Ramai mengatakan ia amat sedap.Sambal ikan bilis kering yang viral ini memang sesuai untuk mereka yang ingin bercuti,
pelajar sekolah yang duduk di asrama, dan makan bersama nasi lemak, roti, nasi panas, dan banyak lagi.
Minggu lepas, saya membuatnya dalam jumlah sebanyak 1 kilogram dan mendapat 10 balang sederhana.
Saya menyimpan stok ini sebagai lauk kecemasan apabila malas untuk memasak.
Saya halalkan resepi ini kepada sesiapa yang berminat untuk menjual secara kecil-kecilan sebelum bulan Ramadan atau setiap tahun dan juga untuk stok di rumah.
Sambal ikan bilis kering ini boleh diubahsuai dengan pelbagai rasa.
Bahan-bahan:
1. 500 gram cili kering kerinting pedas atau cili kering besar tak pedas. Nak campur cili pun ok je.
(terpulang mana yg suka pedas)
2. 500 gram ikan bilis kopek.
3. 500 gram bawang goreng segera.
4. 2 ketul kuib ayam -brand maggie
5. ¾ cawan gula halus/gula pasir (dikisar)
6. 1 camt garam bukit (pilihan)
7. 3 camb serbuk secukup rasa-brand maggie
8. Minyak masak – goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam.
*Tambahan Pilihan Rasa*
(pilih salah satu ye)
1. 1 pek kecil serbuk salted egg
2. 1 pek kecil serbuk cheese
Cara Masak:
1. Gunting cili kering kecil-kecil.
Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili.
Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering.
Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je.
Goreng kasi garing.
Jangan sampai hangus ye.
2- Kemudian guna hand blander atau blander kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.
2. Ikan bilis digoreng sampai garing.
Bahagi kepada 2 bahagian.
Kisar sederhana halus dan kasar.
3- Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.
4. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
5. Masuk kan cili kering blender, semua ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, secukup rasa.
Terpulang samada nak letak serbuk salted egg @ serbuk cheese pada sambal.
6. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit utk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api.
Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
7. Ada rasa pedas manis masin.
Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg
8. Dah siap sambal kering ikan bilis kering original@salted egg @ serbuk cheese.
Sedia untuk dimakan.
Kredit: Zainor Shima Ihsan