Resipi rendang ayam, cicah dengan ketupat dan lemang pagi raya

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Inilah rendang saya yang telah mendapat 587k share.

Katanya sangat sedap….Dalam artikel ini, anda boleh menggunakan resepi yang saya gunakan untuk cicah ketupat dan lemang.

Sila guna resepi yang sama.

Resipi rendang ayam, cicah dengan ketupat dan lemang pagi raya

Saya baru lepas buat rendang ayam style saya.

Rendang ni sangat sedap untuk dimakan dengan nasi, ketupat dan lemang.

Saya masukkan daun kunyit sama untuk menambahkan selera dan kesedapannya.

Bahan-bahan:

• Daging 1-1 1/2 kg dipotong kecil agak seketul untuk sesuap ketupat.

atau

• 1 ekor ayam sederhana besar (2kg)
• Potong 12@18 ketul seekor.
• Serai 12- 15 batang* (jika saiz serai besar dan gemuk sila kurangkan)
• Bawang putih 1 labu*
• Bawang merah 20 biji* ( bawang kecil)
• Halia 3 inci*
• Lengkuas 2 inci*
• Cili mesin 4 sudu
• Santan kotak 800- 1000ml (dibahagi 2) atau 3 biji santan pekat (separuh santan pekat dan separuh lagi
santan cair)
• Kerisik 4 sudu besar
• Garam 1 sudu besar
• Gula 4 sudu besar
• Ajinomoto 1/2 sudu kecik
• 1 /2 sudu kecil serbuk kunyit
• Serbuk ketumbar 1 sudu besar
• Serbuk Jintan manis 1 sudu besar
• Serbuk Jintan putih 1/2 sudu besar
• Serbuk Lada putih 1/2 sudu besar
• Rempah 4 sekawan

– kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh

– kalau guna yang biji -dikisar halus

• Daun kunyit 6-8lembar dihiris halus

Cara-cara memasak:

1. Letak kuali yg besar atas dapor.

2. Buka api

3. Rendang ini dimasak tanpa minyak

4. Masukkan ayam dan bahan bahan kisar tadi

Masukkan:-

• Serbuk kunyit
• Jintan manis
• Jintan putih
• Lada putih
• Ketumbar
• Cili kisar
• Garam
• Gula
• Rempah 4 sekawan

1. Kacau dan sebatikan semuanya.
– Terus balik balikkan sampai ayam keluar air. Selepas 10 minit masukkan santan setengah kotak (250ml)

2. Gula, Garam dan Kiub ayam/ serbuk perasa

3. Kacau lagi sebab nak elak berkerak dibawah.

4. Agak dalam 15 minit dikacau masukkan santan lagi separuh tadi (250ml).
– Waktu ini anda boleh rasa sikit apa yg kurang boleh tambah ikut selera anda.
– Kacau lagi dalam 20 minit.

5. Terus kacau sampai kuah agak pekat anda masukkan kerisik.
– Kacau lagi selama 10 minit.
– Bila dah nampak kuah mulai pekat waktu ini anda mesti keluarkan ketulan ketulan ayam tersebut sebab nak elakkan isi ayam jadi pecah atau hancur (masukkan isi ayam sahaja kedalam mangkuk).

6. Kuahnya biarkan didalam kuali dan masukkan daun kunyit yang kita potong kecil kecil tadi.
– Kacau dan balikkan selama 5 minit.

7. Lepastu anda masukkan isi ayam tadi semula dalam kuali dan sebatikan semuanya dengan kuah yang dicampur daun kunyit tadi.

8. Dalam 5 minit lepas dikacau tutup api.
– Sebab biar daun kunyit tu masih nampak segar lagi dan masih bewarna hijau.

9. Apabila kuahnya dah kering seperti mana yang anda kehendaki boleh pindahkan kedalam periuk dan tudung.

Dah siap.

Kredit : Ida Shahida

Baca: Syarat baru masuk Thailand ramai tak tahu, ini yang perlu disediakan kalau tak nak kena halau