Menyediakan sarapan bekal untuk anak-anak sekolah memang mencabar,
Terutamanya apabila menu yang sama diulang-ulang.
Tapi jangan risau, anda boleh mencuba roti pizza 4 bahan yang sangat mudah ini.
Resipi ini bukan sahaja cepat, malah pasti digemari si kecil.
Mak-mak yang sibuk ke tempat kerja pun sempat sediakan menu ini dalam masa yang singkat!
Bahan-bahan:
– Roti Gardenia atau apa-apa jenis roti yang ada – 2 keping
@jijieyzamri Pizza roti air fryer sumpah sedap. Guna 4 bahan je guys! 🍕 #myfoodie #tiktokchef #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #resepisimple #resepitiktok ♬ at my worst – FOMY
– Sos – Tomato, spaghetti, atau apa sahaja yang ada di rumah (kalau ada sos cili pun boleh)
– Chicken slice – 2 keping (atau guna sosej, potong nipis-nipis)
– Keju – Mozzarella atau keju keping, ikut selera
Cara Penyediaan:
1. Sapu Sos: Ambil sekeping roti dan sapukan sos kegemaran anda.
2. Tabur Keju: Letakkan keju secukup rasa di atas sos.
3. Letak Chicken Slice: Letakkan satu keping chicken slice terus tanpa potong, sesuai untuk mereka yang nak cepat.
4. Lapiskan Roti: Ambil sekeping roti lagi, sapu sos di atasnya, dan ulang langkah seperti tadi (letak chicken slice dan keju).
5. Bakar: Masukkan roti ke dalam air fryer. Set suhu 160°C dan bakar selama 10 minit.
Tips Tambahan:
– Air Fryer: Kalau air fryer lama tak digunakan, inilah masa sesuai untuk mula menggunakannya. Resipi ini memang tak guna minyak, sesuai untuk yang nak elakkan makanan bergoreng.
– Hidangan Sesuai: Pizza ini boleh dijadikan sarapan, bekal sekolah, atau kudapan petang.
BACA; Patutlah tergesa-gesa minta sijil kematian isteri, rupanya tak sabar tuntut pampasan insuran