Resipi guna rempah ini buat Nasi Beriani ekspres, budak-budak pun boleh buat

Oleh MHDAILY

Resipi guna rempah ini buat Nasi Beriani ekspres, budak-budak pun boleh buat. Pernah tak buat nasi beriani express? Simple sebab menggunakan rempah beriani Adabi je. Tapi boleh menghasilkan rasa yang memang super power!

Bagi yang mana baru nak belajar memasak kan, resepi nasi beriani cara ni memang sangat sesuai untuk korang semua. Sebab cara nak buat dia serious mudah, step by step pun senang nak faham.

Bolehlah kita nak buat menu special ni pada waktu hujung minggu ke atau hari-hari penting. Biasanya makan nasi beriani ni mesti ada lauk utamanya. Samalah juga dengan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.

Ada yang suka makan dengan ayam masak merah. Ada juga yang suka makan dengan daging masak rempah. Tak lupa juga buat pilihan makan dengan lauk kurma. Jadi, terpulang kepada kita apa yang kita suka dan mudah nak buat.

Bagi yang tak sempat nak buat sekarang, boleh simpan dulu resepi ni untuk dibuat kemudian hari. Bila ada kesempatan baru buat dengan ikut je step yang dikongsikan oleh Cik Puan Yaya ni.

Resipi guna rempah ini buat Nasi Beriani ekspres, budak-budak pun boleh buat

RESEPI NASI BERIANI EXPRESS

Rempah Beriani Adabi ni betul-betul membantu kita tau. Tak perlu tunggu nak jadi chef, buat nasi beriani guna rempah ni pun boleh buat korang makan bertambah-tambah. Serious sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
4 cawan beras Basmathi ( jenama Faiza)
3 sudu rempah beriani ( Adabi)
4 sekawan rempah ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan ketumbar)
Minyak sapi /mentega
1 biji bawang besar (tumbuk)
4 ulas bawang putih ( tumbuk)
1 inci halia ( tumbuk)
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
Garam
Air
Susu cair
Kismis

CARA PENYEDIAAN NASI BERIANI EXPRESS :

▶ Mula-mula sekali, panaskan minyak sapi. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi. Tumbuk bahan tu separuh lumat ye.

▶ Masukkan daun pandan dan juga 4 sekawan. Tumis sampai wangi.

▶ Kemudian, masukkan rempah beriani, susu cair dan juga air secukupnya. Kacau sekejap semua bahan sekata.

▶ Masukkan garam dan juga kiub pati ayam. Masak sampai menggelegak.

▶ Bila bahan tumisan dan kuah dah menggelagak, tutup api masukkan dalam periuk nasi. Basuh beras basmathi dan tanak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker.

▶ Nasi dah hampir kering, boleh taburkan kismis dalam nasi. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan!

Dalam perkongsian resepi kali ni, saya betul-betul kongsikan cara buat nasi beriani sahaja. Tidak ada lauknya kerana citarasa kita masing-masing berbeza. Selain daripada tu, saya cuba nak highlight kan penggunaan rempah beriani Adabi tersebut.

Seriously, sangat mudah dan membantu kita yang masih terkial-kial nak belajar buat nasi beriani sedap dan padu. Buat nasi beriani ni gunakan rempah adabi ni, makan nasi sahaja pun sedap cukup perasa tau.

Sharekan resepi ini di wall masing-masing supaya lebih ramai yang mendapat manfaat yang sama. Saya ucapkan selamat mencuba!

BACA:

Pekerja google dan amazon gabung tenaga bantah Israel buat teknologi tindas Palestin

Selangor masih wajibkan pelitup muka di masjid, surau

Reaksi Shuib dalam konti radio bila putar lagu Sarah buat netizen terkejut