Selalunya orang makan jeruk cili, tapi anda pernah tak cuba resepi jeruk belimbing buluh?
Jeruk ini sangat sedap dimakan begitu sahaja atau dipadankan dengan nasi dan lauk lain.
Kalau anda nak buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi perkongsian di bawah.
Mudah dan cepat kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Buah belimbing buluh
Gula
Garam
Asam boi
Cili api
Limau kasturi
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh buah belimbing sehingga bersih dan dipotong dua.
2. Masukkan gula, garam dan limau kasturi yang sudah dipotong dua.
3. Kemudian, masukkan cili api yang dipotong kecil dan asam boi. Gaul sehingga sebat.
4. Masukkan semua bahan ke dalam botol dan simpan di dalam peti ais selama 3 hari.
Sedap makan sejuk-sejuk! Tak percaya, cubalah.
BACA: Peguam ini dedah penipuan ejen penapis jenama ‘C’ salah guna maklumat pengguna demi keuntungan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio