Kalau makan cucur udang dekat luar mesti kadang-kadang ia sudah lembik atau terlalu keras, ditambah pula kuahnya rasa hambar.
Bila nak buat sendiri rasa renyah tapi lebih jimat dan boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak dan boleh dikongsi dengan jiran tetangga.
Ikuti resipi yang dikongsi pengguna facebook, Mazitah Ahmad Nur Solehah menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Resipi cucur udang, ranggup di luar, lembut di dalam
Adunan tepung
Bahan-bahan:
- *Tepung gandum 1/2kilo (tak kisah cap apa)
- *Serbuk kunyit sedikit ( jika perlu )
- *Garam secubit
- *Gula 2 sudu besar
- *Telor 1 biji
- *Sedikit serbuk soda bikarbonat
- Daun Kuchai
- Taugeh
- Udang – cuci bersih tanpa membuang kulit,kepala dan ekor seperti dalam gambar
Cara-cara:
Campur semua bahan-bahan bertanda * gaul-gaul rata kemudian masukkan air sedikit demi sedikit gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung.
Setelah sebati semua baru masukkan daun kuchai, taugeh dan udang, gaul-gaul rata ketepikan rehatkan doh sebentar. (Anggaran masa setengah jam)
Setelah cukup tempoh perapan bolehlah di goreng seperti cucur-cucur yang biasa kita buat, lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu.
Kemudian baru tuangkan adunan dengan menggunakan tangan dan pastikan toskan setelah masak
Kuah kacang
Bahan-bahan:
Setengah kilo kacang tanah yg di goreng tanpa minyak atau disangai (buangkan kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur)
*15 biji cili kering potong dan rendamkan dengan air sehingga kembang
*Bawang besar 1 labu
*Bawang putih 2 ulas
*Serai 1 batang
Cara-cara:
Kisar semua bahan-bahan bertanda * kemudian masukkan minyak ke dalam periuk untuk menumis.
Setelah itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air dan kacang tanah yang dikisar, anggaran air mengikut kepekatan cita rasa kuah masing-masing.
Masukkan gula, garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu.
Masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak, kemudian tutup api siap!
Kalau nak beli kuah kacang yang sedia ada di luar pun tiada masalah, makan panas-panas sambil sembang di luar rumah memang sedap.
Baca juga : ‘Jangan pakai tayar spare..’ Ada tayar spare tapi tak boleh guna, sebab apa?