Resepi buat kuih peneram tradisi dengan cara mudah

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Kuih Peneram tetap menjadi hidangan tradisi yang terus mendapat tempat di hati ramai.

Keistimewaan kuih ini terletak pada cita rasanya yang lezat, dan yang menarik, ia hanya mengandungi lima ramuan sahaja.

Meneliti resepi yang dikongsi oleh Zalina Zali, kemungkinan rahsia kesedapannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus)

Resepi buat kuih peneram tradisi dengan cara mudah

. Doh kuih ini turut diperap selama empat hingga lima jam, atau lebih baik lagi, jika diperap semalaman.

Ia pastinya menjadi pilihan yang berbaloi untuk dicuba, mungkin menjadi pilihan kudapan semasa menonton televisyen.

RESIPI KUIH PENERAM TRADISI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras cap gajah 3 – beli online disini
2 sudu besar tepung gandum – beli online disini
1 cawan gula merah (*) – beli online disini
1 cawan gula pasir (*)
1 cawan air (*)

CARA MEMASAK:
1. Campur bahan-bahan yang bertanda (*) dan masak sampai mendidih.
2. Bila sudah siap, terus tuang ke dalam tepung. Kacau tepung sampai sebati guna senduk. Jangan guna tangan pula kerana air gula tu panas.
3. Bila sudah siap digaul, perap selama 4 @5 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.

4. Dah siap perap, bolehlah tekap dengan acuan dan goreng.

Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.

Kredit resipi & foto: Zalina Zali

Baca Juga :Lelaki terkejut barang dapur cecah RM890, rupanya sagu harga RM400 jadi punca!