Resepi buat Cream Puff sedap, gebu dan senang

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Setiap kali menghadiri rumah terbuka atau jamuan hari lahir, satu hidangan pencuci mulut yang wajib disediakan adalah cream puff custard.

Dengan kekemanisan yang tidak terlalu berlebihan dan kelembutan yang terasa apabila dimakan

Banyak yang ingin tahu cara membuat cream puff yang mudah dan sedap.

Resepi buat Cream Puff sedap, gebu dan senang

CARA BUAT CREAM PUFF CUSTARD PALING SEDAP!

Bahan-bahan untuk krim kastard:

-1 ¼ cawan/313ml susu full cream
-2 biji kuning telur/1 biji telur
-1/4 cawan/55g gula
-1 sudu besar/8g tepung gandum
-3 sudu besar/24g tepung jagung
-¼ sudu kecil garam
-1 sudu kecil esen vanila
-2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
-1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream

Cara-cara

1.Masak semua bahan kastard ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dengan plastik. Sejukkan ke dalam chiller.

2.Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati.

Bahan-bahan untuk choux pastry:

-1 cawan/250g air
-¼ cawan/56g butter/marjerin
-¼ sudu kecil garam
-1 sudu kecil esen vanila
-1 sudu besar/12g gula
-1 cawan/125g tepung gandum
-3 hingga 4 biji telur saiz B

NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.

Cara-cara :

1.Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.

2.Kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi macam doh tau. Tutup api.

3.Biarkan sampai sejuk atau suam-suam kuku.

4.Masuk telur satu persatu, mix sebati.

5.Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dalam 30minit. Ikut oven masing-masing ya.

6.Nak tahu cream puff jadi ke tak, pastikan berongga kat dalam dan bila masak tak kecut semula. Kena try & error oven masing-masing. Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ye.

 

Baca juga “Bapa aku renovate rumah dorang pun renovate, bapa aku tukar pintu pun dorang tukar juga, satu hari tu, aku masuk toilet kejap, jiran selamba lepak dekat ruang tamu aku