Remy Ishak puji Amyra Rosli dengar arahan pengarah, “nak air mata jatuh dekat kamera”. Tidak dinafikan, memang menjadi betul lakonan Amyra Rosli dan Remy Ishak dalam drama ‘Jangan Menangis Cinta’. Bakat lakonan pelakon Amyra Rosli sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi kerana beliau telah menggalas bermacam watak dalam pelbagai drama dan filem sebelum ini.
Beliau juga merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Menerusi perkongsian Tiktok @ryanzzpizza yang telah mendapat tontonan sebanyak 916,000 dan mendapat sukaan sebanyak 105,500 dan 478 komen ketika artikel ini ditulis. Video klip pendek yang diambil dari rakaman rancangan Meletop itu telah mendapat perhatian warga maya, pelakon Remy Ishak telah menceritakan pengalamannya yang telah membuatkan beliau sungguh kagum dengan bakat lakonan bintang gandingannya iaitu Amyra Rosli ketika menjayakan drama ‘Jangan Menangis Cinta’ itu.
Katanya “Perkara yang membuatkan saya sungguh ‘respect’ dengan Amyra adalah, kalau pengarah minta untuk melakonkan babak menangis dengan cara yang agak spesifik. Amyra mampu penuhinya tanpa apa-apa masalah. Tambahnya lagi, “Pengarah pun minta macam minta ‘nescafe’ je”. Sememangnya drama ini adalah sebuah drama yang mempunyai plot yang agak dramatik dan menyayat hati. Hinggakan penonton rasa terkesan dengan watak-watak di dalam drama ini.
Drama adaptasi novel Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah diterajui oleh Remy Ishak dan Amyra Rosli. Ia menceritakan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki.
Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.
Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.
Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.
Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.
View this post on Instagram
BACA:
Mira Filzah selamat lahirkan bayi lelaki, namakan..
Parking bawah panas terik? Ini cara elak kereta anda jadi bahang
Buka akaun Tabung Haji anda secara online dengan mudah, seminit je siap