Remaja umur 19 tahun pilih nenek sebagai pasangan hidup

Oleh MHDAILY

Remaja umur 19 tahun pilih nenek sebagai pasangan hidup. Perbezaan usia 37 tahun tidak menghalang pasangan yang layak dipanggil nenek dan cucu ini untuk meneruskan impian hidup bersama.

Wuthichai Chantaraj, 19, bertemu dengan teman wanitanya Janla Namuangrak, 56, ketika dia baru berusia 10 tahun.

Portal Mirror UK melaporkan, warga emas kepada tiga anak itu meminta bantuan jirannya itu, Wuthichai membersihkan rumahnya di wilayah Sakhon Nakhon di timur laut Thailand.

Kerap melakukan kerja untuk wanita itu, kedua-duanya kemudian bersahabat.

Mereka kini sudah menjalinkan hubungan selama dua tahun, dan bebas bergerak di bandar dan ke restoran.

Remaja umur 19 tahun pilih nenek sebagai pasangan hidup

Pasangan itu berkata, mereka tidak terpengaruh dengan jarak umur 37 tahun, kerana mereka tidak segan menunjukkan kasih sayang di khalayak ramai, kerap memberi ciuman antara satu sama lain dan berpegangan tangan.

Bercakap mengenai hubungan itu, Wuthichai, yang juga dikenali dengan nama panggilannya Tung, berkata: “Saya sudah dua tahun bersama Janla.

“Ini kali pertama dalam hidup saya rasa seperti saya ingin memastikan seseorang hidup dengan selesa.

“Saya melihat rumahnya yang usang dan mendapati diri saya memikirkan cara untuk membantunya hidup dalam keadaan yang lebih baik. Dia seorang wanita yang rajin dan juga jujur. Saya mengaguminya.”

Walaupun hanya menjadi intim sekitar dua tahun lalu, pasangan itu merahsiakan hubungan mereka daripada rakan dan keluarga.

Sejak menjadi umum pada Januari, pasangan itu menggunakan media sosial untuk menyiarkan video dan gambar percintaan mereka.

Janla seterusnya berkata, Wuthichai membuatkan dia berasa muda semula.

Nenek itu berpisah dengan pasangannya sebelum ini, suaminya yang pernah dikahwini selama 20 tahun, dan mereka mempunyai tiga orang anak yang kini semuanya berusia 30-an.

Kini, pasangan itu mendedahkan mereka merancang untuk berkahwin.

“Wuthichai menjadi seperti superhero bagi saya. Dia membantu saya setiap hari. Kemudian apabila dia lebih besar kami mula mempunyai perasaan antara satu sama lain,” kata Janla.

BACA:

Ibu mangsa kena tikam kakak sendiri kena terjah stesen TV, peguam ni tak setuju..

Wan Azizah bertanding di Bandar Tun Razak, kata laporan

Najib dan Mahathir, pasangan kembar yang pernah kerja di pasaraya