Remaja 15 tahun jadi wali nikahkan kakak raih perhatian netizen

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun baru-baru ini menjadi perbualan hangat apabila bertindak sebagai wali dalam perkahwinan kakaknya.

Bagi Min, momen bersejarah ini pastinya akan menjadi kenangan yang istimewa bagi kedua beradik tersebut.

Walaupun masih muda, remaja tersebut menunjukkan ketenangan dan lancar dalam memimpin proses perkahwinan kakaknya tanpa sebarang kegugupan.

Remaja 15 tahun jadi wali nikahkan kakak raih perhatian netizen

Tentunya, keberanian ini telah menyentuh hati ramai warganet.

Biasanya, remaja sebaya akan merasa gementar dan tegang menghadapi tanggungjawab sedemikian. Namun, video yang berkaitan dengan peristiwa ini telah menjadi viral di aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen.

Majoriti netizen memuji keberanian remaja tersebut dalam mengemban tanggungjawab besar dalam keluarga. Dengan hanya satu bacaan dan satu lafaz dari pengantin lelaki, upacara lafaz nikah pun selesai dengan mulus.

Pastinya kakaknya berasa bangga mempunyai adik yang mampu menjalankan tugas sebagai wali dengan cemerlang.

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, seorang wali adalah teman karib, pemimpin, pelindung, atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini adalah salah satu rukun dalam perkahwinan.

Antara dalil-dalil yang menunjukkan kepentingan wali termasuklah firman Allah SWT: “Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin semula dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang baik” (Al-Baqarah: 232).

BACA: “Sebelum ini adiklah tempat saya mengadu, tak sangka adik dan suami sanggup buat maksiat depan anak di kampung, rumah mak sendiri!”