Reka bentuk Honda Civic Type R generasi baharu ‘bocor’, mengancam habis. Beberapa minggu lepas Honda telah menayangkan beberapa video acah-acah yang menayangkan kelibat jentera Civic Type R yang menjalani ujian di litar Suzuka dan Nurburgring dan sarat dengan pelekat samaran. Model terbaru Civic Type R ini akan diasaskan daripada model Civic generasi ke 11
Selama 2 tahun Honda mendedahkan sedikit demi sedikit imej dan video berkenaan Civic Type R generasi terbaru ini dan 2 hari lepas, Honda telah membuat pengumuman bahawa Civic Type R ini akan dilancarkan di peringkat global pada 20 Julai nanti
Tapi entah bagaimana, satu imej terbaru Honda Civic Type R secara tidak sengaja (hmmm) telah diterbitkan di laman sesawang muzium Honda dengan tidak menggunakan sebarang perekat.
Walaupun imej berkenaan telah dipadamlkan, ia telah didedahkan di forum khas Honda Civic iaitu Civic11Forum.
Tanpa samaran, Civic Type R ini mengenakan warna rasmi Championship, masih menggunakan rekaan lampu LED DRL yang sama, rim berwarna hitam dan juga angkup brek berwarna merah. Berdasarkan tekaan kami, ini ialah angkup brek Brembo
Ia masih mengekalkan scoop hud di atas penutup bonet, spoiler besar berwarna hitam, ruang kemasukan udara yang besar di bampar depan, skirting sisi hitam tapi kehilangan side vent, serta nampak lebih sopan sama seperti Civic biasa yang diperkenalkan lebih awal
Walaupun Honda tidak mendedahkan sebarang data, ia akan kekal sebagai sebuah kereta sport pacuan depan, menggunakan enjin 4 silinder K20C yang mungkin akan dipertingkatkan melebihi 300 kuasa kuda, transmisi manual 6 kelajuan dan dinamik pengendalian yang lebih jitu berbanding dengan model lama
BACA:
Honda HRV baru lebih ramai peminat dari Civic, ramai terpaksa tunggu lama