Ratu Farah keluar lagu baru, netizen kecam industri muzik dah tenat – “lirik pun tak faham”. Siapa tidak kenal nama pensohor media sosial Ratu Farah yang sejak kebelakangan ini sering saja menimbulkan kontroversi sehingga menjadi bahan bualan netizen.
Ratu Farah yang mula dikenali di aplikasi TikTok itu khabarnya melebarkan sayapnya apabila dia ada melancarkan lagu terbaharu berjudul ‘Harga Naik Lagi’, hasil kolaborasi bersama Rusa Music Entertainment.
Lihat siaran ini di Instagram
Namun begitu, lagu terbarunya itu telah mendapat kecaman netizen kerana dianggap sebagai ‘melacurkan’ industri muzik di Malaysia.
Kata netizen, Ratu Farah seolah-olah bermain dengan industri muzik dan sekadar tempat untuk bersuka ria.
Tambah warga maya lagi, lagu yang dinyanyikan Ratu Farah itu dianggap sebagai mengarut dan tidak dapat difahami dari segi lirik dan sebutan vokal.
Sedih, makin lama makin mengarut lagu yang dikeluarkan.
Makin melingkup industri muzik tanah air.
Terdahulu, Ratu Farah telah mencuri perhatian netizen apabila dia tampil berjoget secara ghairah bersama jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri selain tular videonya mencarut ketika melakukan aktiviti ‘outdoor’ di sebuah lokasi riadah.