Ratu Elizabeth II sebenarnya keturunan Rasulullah?

Oleh MHDAILY

Ratu Elizabeth II sebenarnya keturunan Rasulullah? Apabila bercerita soal salasilah keluarga Ratu Elizabeth II, imaginasi kita akan membawa kepada golongan raja dan permaisuri yang berada di Eropah. Tetapi, tahukah anda bahawa 3 tahun lalu, Al Ousboue, sebuah akhbar Maghribi pernah mendakwa bahawa Ratu Elizabeth II mempunyai leluhur daripada keturunan Nabi Muhammad. Laporan ini tular dan diulang siar oleh tabloid seperti The Daily Mail dan The Daily Express.

Teori ini sebenarnya bukanlah pertama kali diperdebatkan dan menurut The Economist, ia mula muncul sejak 1986 apabila seorang penulis salasilah keluarga ratu, Harold B. Brooks-Baker, penerbit Burke’s Peerage, panduan Britain kepada golongan bangsawan telah mengeluarkan dakwaan ini.

“Adalah sedikit yang diketahui oleh rakyat British bahawa darah Mohammed mengalir dalam urat ratu,” tulis Brooks-Baker kepada Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher pada masa itu.

Menurut laman History, teori Brooks-Baker ini muncul apabila dia menghubungkan Ratu Elizabeth dan Nabi Muhammad melalui Zaida dari Seville, seorang puteri Islam dari abad ke-11 yang memeluk agama Kristian dan menjadi gundik kepada Raja Alfonso VI. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Zaida sebenarnya ada kaitan dengan Muhammad atau tidak.

Bukan Brooks-Baker sahaja yang berkiblatkan kepada teori tersebut, Abdelhamid Al-Aouni, ahli sejarah yang menulis artikel untuk Al-Ousboue, turut berpegang kepada teori bahawa Ratu Elizabeth, Zaida dan Nabi Muhammad ada hubungannya. Bagi beliau, hubungan inilah yang membina jambatan antara dua agama dan kerajaan.

Ratu Elizabeth II sebenarnya keturunan Rasulullah?

Selain Abdelhamid, dakwaan ini turut disambut baik oleh orang-orang seperti Ali Gomaa, seorang ulama Islam dan Mufti Besar Mesir ke-18. Dia mencatatkan hubungan itu dan mendoakan Elizabeth rahmat dan keamanan, lapor Al Ousboue.

Bagi pendakwah bebas Malaysia, PU Rahmat, beliau melihat dakwaan ini tidak benar sama sekali dan ia adalah dusta belaka.

“Zaida atau Isabella yang didakwa didalam Silsilah kononnya Cicit kepada Abu Al Qassim Muhammad bukanlah keturunan Rasulullah. Silsilah Keturunan Rasulullah tidak boleh ditipu kerana setiap tempat atau negara mempunyai penyimpan silsilah yang rasmi atau sah. Di Malaysia kita boleh rujuk Sayyid Hafiz Al Idrus @ Abu Ahmad Al Idrus yang menetap di Terengganu,” katanya.

Selain itu, Lesley Hazleton, seorang wartawan dan pengarang yang telah menulis beberapa buku tentang perjalanan awal agama Islam berkata bahawa “Itu adalah percaturan antara agama yang berniat baik,” tambah beliau lagi, ia juga dakwaan yang lucu dan bersikap ‘click bait.’ Hazelton melihat kebanyakkan khabar angin ini sebagai “reaksi terhadap kemusnahan Islam di Barat, terutamanya di Amerika Syarikat.” Ia mendedahkan bahawa teori ini sengaja dibangkitkan hanyalah untuk memberi “kehormatan” kepada agama utama dunia.

BACA:

Sudah jodoh, Nuha dan Naufal naik pelamin

Britain kini diketuai oleh Raja Charles III

Sifu pemasaran terkenal kena kecam lepas dakwa jualan getah sekerap boleh naik jika teknik betul