Rapid KL kena ‘sekolah’ balik dengan netizen selepas tegur penumpang

Oleh MHDAILY

Rapid KL kena ‘sekolah’ balik dengan netizen selepas tegur penumpang. Di sebabkan satu ciapan Twitter Ask Rapid KL akhirnya memakan diri sendiri apabila kebanyakan pengguna maya meminta Rapid KL untuk memperbaiki diri sendiri sebelum menegur orang.

Dalam ciapan yang dibuat oleh Ask Rapid KL di Twitter, akaun itu meminta agar pengguna untuk tidak makan dan sentiasa memakai pelitup muka jika berada di dalam pengangkutan awam.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,”

Ciapan itu bagaimanapun tidak menerima maklum balas positif dari pengguna maya yang sebelum ini berang dengan beberapa isu yang gagal diperbaiki oleh Rapid KL.

Berikut adalah isu-isunya, kekerapan perkhidmatan keretapi, eskalator yang sering rosak dan beberapa isu teknikal yang memaksa pengguna menunggu lebih lama untuk menaiki keretapi ketika pulang atau pergi bekerja.

Rapid KL kena 'sekolah' balik dengan netizen selepas tegur penumpang

Sudah lebih setahun lif rosak, respon tidak tercapai dek akal RapidKL terhadap golongan OKU buat netizen berang. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

BACA:

Kelibat ‘Penanggal’ berjaya dirakam di Terengganu, kelam-kabut satu kereta

Gadis selamba makan mi segera dalam train, admin LRT perli di twitter siap tunjuk gambar

Objek iras Spageti ditemui di Marikh – NASA

Leave a Comment