“Ramai yang minta saya promosi produk besarkan payudara dan punggung” – Puteri Balqis. Pelakon Puteri Balqis memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak permintaan untuk membuat reviu menerusi laman sosialnya ekoran produk diberikan tidak bersesuaian dengan masalah kesihatan dihadapinya ketika ini.
Jelas Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, ketika ini dia sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur dalam dos yang tinggi menyebabkan dia tidak boleh sewenang-wenangnya mencuba produk yang mungkin akan memberi kesan lain kepada kesihatannya.
“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambil sekarang dosnya agak tinggi dan kuat.
Lihat siaran ini di Instagram
“Pengurus Aqish kena pastikan produk yang diambil untuk promosi adalah sesuai sebelum bersetuju.
“Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan,” katanya.
Aqish membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.
Sementara itu, pelakon filem KL Special Force itu memberitahu senarai produk yang terpaksa ditolak adalah produk memutihkan wajah, jamu dan krim payudara serta produk makanan kesihatan.
“Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.
“Ada juga minta saya promosi jamu dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.
“Macam produk makanan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi ada kesan negatif pada badan Aqish sampai muntah dan demam,” jelasnya.
Untuk rekod, Balqis sebelum ini mendedahkan terpaksa mendapatkan kaunseling daripada pakar psikiatri bagi merawat masalah gangguan emosi dihadapinya.