Kulit telur sering dianggap tidak mempunyai fungsi berguna, menyebabkan ramai yang membuangnya begitu sahaja.
Namun, tanggapan ini sebenarnya salah kerana kulit telur boleh dimanfaatkan sebagai pencuci jenis serbuk untuk menghilangkan kerak pada periuk.
Apa yang lebih menarik, serbuk pencuci DIY (do it yourself) yang dihasilkan daripada kulit telur ini
mampu membersihkan kotoran pada ketuhar, permukaan dapur, dan periuk.
Dalam satu perkongsian di Instagram oleh Home with Lese, seorang individu menunjukkan cara pembuatan serbuk pencuci serta hasil daripada penggunaannya.
Bahan-bahan diperlukan:
1. Kulit telur
2. Baking soda
3. Bahan cucian jenis serbuk
Kisar semua bahan sehingga menjadi serbuk sebelum digunakan.
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus kulit telur selama beberapa minit.
2. Tapis dan buang air rebusan.
3. Bakar kulit telur dalam oven sehingga menjadi rapuh dan mudah dihancurkan.
4. Masukkan kulit telur yang dibakar bersama dua sudu baking soda dan satu sudu serbuk pencuci ke dalam mesin pengisar.
5. Kisar sehingga halus dan sedia digunakan untuk kawasan yang kotor.
Anda hanya perlu menaburkan serbuk ini dan menggosok dengan sedikit air sehingga mengeluarkan buih.
Fungsi bahan-bahan yang digunakan:
1. Kulit telur
Bertindak sebagai ejen penggosok semula jadi yang lembut untuk menyental.
2. Baking soda
Mampu menghilangkan kotoran yang sukar dan meneutralkan bau.
3. Serbuk pencuci
Membantu menghilangkan gris (minyak) dan kotoran dengan mudah.
BACA: Berkat nilai ringgit mengukuh, permintaan tinggi minyak sawit dari India melonjak