Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai mula terjebak menonton lumba siput sedut atas tutup periuk sehingga ribuan viewers melihatnya tanpa berganjak.
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Tansri_ash telah menjadi tumpuan
Dan memaklumkan bahawa perlumbaan tersebut berlangsung susulan Sukan Malaysia (Sukma) yang sedang berjalan ketika ini.
Dengan bermodalkan tudung periuk dan siput sedut yang masih hidup, pengguna TikTok berkenaan berjaya mengumpul penonton sendiri bagi menyaksikan siaran langsung perlumbaan tersebut.
Perlumbaan siput sedut itu persis seperti acara di Sukma apabila melibatkan beberapa nama negeri yang diwakili hidupan laut tersebut.
Difahamkan, sudah lebih 40,000 pengikut yang menyaksikan perlumbaan tersebut dan 2 juta tanda suka diterima sepanjang siaran langsung yang dibuat pengguna TikTok berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan berseloroh mengatakan yang masyarakat kini dahagakan hiburan yang tidak memeningkan.
@tansri_ash #tansriash #siputsedutrace #LIVEhighlights #TikTokLIVE #fypシツ ♬ original sound – Tansri_ash
Ada juga yang pelik kerana siaran langsung itu ditonton ribuan orang dan ramai sudah terjebak sehingga ralit menyaksikannya tanpa sebarang tujuan.
BACA: Terkinja-kinja bercampur lelaki perempuan, ‘outdoor clubbing’ depan masjid raih kritikan