Ramai tak tahu rupanya jual senjata tiruan salah disisi undang-undang, ‘kalau kena makan tak habis’

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Tiga pekerja sebuah premis di Pekan Parit Sulong ditahan oleh polis selepas didapati menjual senjata tiruan melalui penstriman langsung di media sosial.

Menurut pekerja tersebut, mereka tidak tahu bahawa tindakan mereka menjual senjata itu adalah satu kesalahan.

Serbuan yang dijalankan pada malam 7 Januari lalu oleh Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman,

Mereka telah merampas 155 unit senjata tiruan pelbagai jenis. Senjata-senjata ini disimpan di bilik di tingkat atas premis berkenaan.

Serbuan ini dilakukan dalam operasi yang dinamakan Ops Bravo Taring (Senjata Tiruan).

Ramai tak tahu rupanya jual senjata tiruan salah disisi undang-undang, 'kalau kena makan tak habis'

Sumber memberitahu bahawa pihak polis telah menjalankan risikan selama sebulan sebelum mendekati premis tersebut ketika mereka cuba memindahkan senjata tiruan ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Harga Senjata Tiruan Dari RM70 Hingga RM430

Pemilik premis didapati menjual senjata tiruan yang diimport dari China dengan harga antara RM70 hingga RM430 setiap unit, dan dijual dalam bentuk set bersama peluru bebola gel (gel ball). Walaupun kelihatan seperti permainan, menjual senjata tiruan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang negara.

Serbuan itu dijalankan selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penjualan berleluasa senjata tiruan secara dalam talian. Menurut sumber, premis tersebut menjalankan sesi penstriman langsung dua kali sehari untuk menjual senjata tiruan tersebut.

Sebelum operasi bermula, mereka sudah menghentikan penstriman langsung tersebut beberapa hari sebelum serbuan, kemungkinan kerana mendapat tahu tentang operasi yang sedang dijalankan. Pasaran penjualan mereka melibatkan bukan hanya Semenanjung Malaysia, tetapi juga Sabah dan Sarawak.

Premis Menjual Aksesori Telefon dan Rokok Elektronik

Pada pandangan pertama, premis tersebut tidak kelihatan mencurigakan kerana di bahagian bawahnya, mereka menjual aksesori telefon dan rokok elektronik. Namun, setelah risikan dijalankan, pihak polis mendapati bahawa di tingkat atas, senjata tiruan disembunyikan dan dijual melalui media sosial.

Pemilik premis ini mula menjual senjata tiruan sejak awal bulan lalu setelah mendapat sambutan positif daripada pelanggan. Dalam serbuan itu, pihak polis merampas 155 senapang tiruan yang bernilai sekitar RM60,000 dan juga sebuah SUV yang dipercayai digunakan untuk memindahkan barangan tersebut.

Tiga Pekerja Ditahan, Kes Disiasat

Tiga pekerja berusia antara 25 hingga 33 tahun ditahan untuk membantu siasatan, dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata (Senjata Tiruan) 1960.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk membanteras penjualan senjata tiruan yang semakin berleluasa melalui platform media sosial.

BACA: Panas!! Hassan Karim dedah sebab kenapa Anwar Ibrahim tak perlu letak jawatan PM

Leave a Comment