Kepada pemohon yang ingin memohon lampu jalan TNB di depan rumah Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)
ada menawarkan perkhidmatan pemasangan lampu jalan secara individu. Anda boleh mohon untuk pemasangan lampu jalan di depan rumah anda.
Bagaimanakah cara permohonan lampu jalan TNB depan rumah melalui online atau borang?
JENIS
Jenis tiang lampu TNB :
Tiang lampu milik TNB lazimnya dipasang pada tiang konkrit TNB dengan talian atas dipasang padanya. Ia boleh dikenal pasti dengan mudah dimana setiap tiang mempunyai logo TNB, warna korporat (biru dan merah) dan nombor rujukan tiangnya.
PERKARA NOMBOR RUJUKAN
Contoh Nombor Rujukan Tiang Lampu TNB TNB HQ 3 TEL 15454
KOS PEMASANGAN
Untuk pemohon yang ingin memohon lampu jalan atas nama mereka sendiri, kos pemasangan akan dikenakan. Di bawah ini adalah kos pemasangan yang akan dikenakan kepada pemohon yang akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan.
PERKARA KOS
Harga atau Kos Pemasangan Lampu Jalan TNB RM10.00
Untuk makluman anda, kos pemasangan / penyambungan tiang adalah sekali sahaja (one-time payment) seperti yang dinyatakan di atas. Harga pemasangan akan ditentukan selepas lawatan tapak dilakukan dan caj bulanan lampu akan dimasukan ke dalam bil anda.
PERMOHONAN LAMPU JALAN ONLINE
Untuk memohon lampu jalan TNB online, anda hendaklah membuat permohonan secara manual (tiada permohonan online dibuka). Sila ke cawangan TNB berhampiran anda.
Pelanggan boleh memohon lampu jalan daripada pihak berkuasa tempatan.
Caj bulanan untuk lampu jalan mungkin ditanggung oleh pihak berkuasa ini jika persetujuan mereka dijamin. Bagi pelanggan yang ingin memohon lampu jalan atas nama mereka sendiri, caj sambungan akan dikenakan.
Caj bulanan sebanyak RM10.00 juga akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan. Pelanggan boleh pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan berhampiran untuk maklumat lanjut mengenai caj sambungan.
Permohonan untuk lampu jalan terbahagi kepada tiga:
Permohonan oleh pihak berkuasa tempatan / kerajaan
Aplikasi oleh pemaju
Permohonan oleh individu
Permohonan oleh individu dan PBT/kerajaan bagi permohonan individu, pelanggan hendaklah berdaftar dengan TNB. Pemasangan lampu jalan terbahagi kepada:
Pemasangan tiang lampu pada tiang TNB sedia ada
Pemasangan lampu jalan pada tiang baru/tambahan
Berikut adalah cara memohon lampu jalan depan rumah TNB untuk individu :
Dapatkan borang Lampu Jalan Individu : Boleh download borang lampu Individu di bawah atau dapatkan di pejabat TNB.
Lengkapkan borang : Isi dengan lengkap borang dan bersama ilutrasi (lukisan) pelan kedudukan lampu yang anda mahukan.
Hantar borang bersama dokumen sokongan : Hantarkan borang yang lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pejabat TNB berhampiran.
Sumber rujukan di laman web rasmi TNB : https://www.tnb.com.my/residential/apply-for-streetlights
SENARAI SALINAN DOKUMEN DIPERLUKAN
Salinan dokumen yang diperlukan adalah:
Borang permohonan Lampu Jalan Individu
Salinan bil terkini untuk premis berkenaan
Salinan kad pengenalan pemilik akaun
Untuk makluman anda, pemohon juga boleh melantik mana-mana jurutera perunding dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memohon untuk anda.
BORANG LAMPU JALAN TNB
Untuk pengetahuan pemohon, borang manual hanya boleh diperolehi di cawangan TNB. Pemohon boleh ke TNB yang berhampiran bagi mendapatkan borang lampu.
LAMPU JALAN TNB ROSAK
Perkara yang perlu dilakukan apabila lampu jalan anda rosak dan punca biasa lampu jalan rosak:
Kualiti komponen cahaya cth. mentol terbakar, peralatan suis masa rosak dsb.
Cuaca buruk cth. pokok tumbang
Pihak ketiga cth. kabel bawah tanah rosak, tiang rosak akibat kemalangan jalan raya dll.
Untuk melaporkan lampu jalan yang rosak:
CARA REPORT/ADUAN
Anda boleh pergi ke Hantar Maklum Balas > Hantar Kepada: Khidmat Pelanggan > Jenis Maklum Balas:
Lampu, di mana laporan anda akan disalurkan terus ke stesen TNB berkenaan untuk tindakan pembetulan selanjutnya.
Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh membuat aduan dengan menghubungi TNB Careline di 15454 atau; SMS ke 15454.
BACA: Terlalu ligat panjat pokok, sekali kaki budak ini tersangkut pokok tapi reaksinya tarik perhatian