Ramai tak tahu dengan hanya kumpul minyak masak terpakai boleh jana pendapatan lumayan rupanya

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Minyak masak merupakan salah satu bahan yang wajib ada di dapur rumah anda untuk tujuan menumis bahan masakkan atau menggoreng.

Biasanya, lepas kita menggunakan minyak untuk menggoreng, lebihan minyak tersebut akan dibuang.

Namun, tahu tak yang sisa minyak masak tersebut boleh dijual semula kepada Kitar Semula Minyak Terpakai (KISMAT) yang digerakkan oleh Majlis Perbandaran Sepang.

Ramai tak tahu dengan hanya kumpul minyak masak terpakai boleh jana pendapatan lumayan rupanya

Menerusi perkongsian MPS di laman Facebook miliknya, mereka sedia membeli minyak masak tersebut dengan harga RM3/KG.

Minyak masak terpakai ini akan diproses untuk dijadikan BIODIESEL.

Langkah untuk anda kitar semula minyak masak adalah anda perlu tapis terlebih dahulu minyak masak yang telah digunakan setelah selesai aktiviti memasak. Kemudian, anda boleh jual kepada mereka di Pusat Inovasi @ Sepang.

Pusat berkenaan dibuka dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

BACA: “Ayah lempang abang lepas dia lafazkan cerai, abang terduduk bila ayah cakap dia menyessal dapat anak dayus macam ini”