PERKESO ditubuhkan untuk memberikan bantuan perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau jatuh sakit,
Terutamanya apabila kejadian tersebut mengurangkan kebolehan mereka untuk bekerja
Selain itu, PERKESO juga memberi bantuan kepada ahli tanggungan pekerja dalam bentuk pencen sekiranya berlaku kematian.
Faedah-faedah yang disediakan di bawah skim ini terbahagi kepada tiga iaitu Skim Bencana Pekerjaan,
Skim Keilatan, Skim Bencana Kerja Pekerja Asing dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, setiap syarikat swasta wajib mendaftarkan pekerjanya dengan PERKESO dalam tempoh 30 hari selepas pekerja mula bekerja
. Jika majikan gagal mendaftar pekerja dengan PERKESO dan membuat caruman setiap bulan, mereka akan melanggar undang-undang dan kes ini boleh dibawa ke mahkamah.
Oleh itu, kedua-dua pekerja dan majikan mempunyai tanggungjawab untuk membuat pembayaran caruman PERKESO. Pekerja yang menerima gaji kurang daripada RM3,000 perlu mencarum dalam anggaran 0.5% hingga 3%. Sebagai contoh, jika gaji anda adalah RM2,500 dan caruman bulanan adalah 0.5%, maka caruman yang perlu dibayar setiap bulan adalah sebanyak RM12.50, atau RM150 setahun.
Namun, jika gaji anda melebihi RM3,000 sebulan, anda tidak diwajibkan untuk membuat caruman.
Cara Memohon Tuntutan EIS PERKESO PRIHATIN
1. Kemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan. Sebarang kelewatan akan menyebabkan tuntutan faedah EIS tidak dapat diproses. Terdapat dua cara untuk memohon:
– Secara online: eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login
– Secara manual di pejabat PERKESO yang berdekatan: Lokasi pejabat PERKESO
2. Isi borang tuntutan PERKESO dan lampirkan dokumen-dokumen berkaitan.
3. Pastikan dokumen asal dibawa ketika berjumpa dengan pegawai PERKESO.
4. Setelah menghantar permohonan, pastikan anda menyemak dan menyimpan slip permohonan untuk kegunaan di masa hadapan.
5. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan syarat kelayakan umum dan caruman yang sah bagi memastikan kehilangan pekerjaan yang berlaku.
6. Setelah kelulusan diterima, bayaran faedah PERKESO akan dimasukkan ke dalam akaun anda.
7. Anda juga perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa 7 hari selepas menerima pemberitahuan daripada PERKESO.
8. Selain itu, anda diwajibkan untuk melaporkan status pekerjaan anda setiap bulan kepada PERKESO. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau kunjungi pejabat PERKESO yang terdekat.
Dokumen yang perlu dilampirkan dengan permohonan EIS (SIP)
-Salinan kad pengenalan
-Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS dan lain-lain)
-Salinan akaun bank
-Salinan slip gaji 6 bulan sebelum kehilangan pekerjaan
-Salinan penyata gaji bulan kehilangan pekerjaan (jika ada)
Anda boleh merujuk kepada FAQ EIS/SIP PRIHATIN untuk panduan penuh dan untuk mengetahui faedah elaun yang layak diterima.
Selain itu, PERKESO juga menawarkan latihan dan bantuan untuk membantu anda mendapatkan pekerjaan baru. Namun, faedah EIS ini tidak boleh dipohon jika:
-Anda meletak jawatan secara sukarela
-Anda bersara wajib
-Anda dipecat kerana salah laku
-Kontrak pekerjaan anda tamat seperti yang dipersetujui dengan majika