Bagi kebanyakan orang awam, mungkin tidak mengetahui tentang kehadiran bilik rahsia di dalam setiap kapal terbang.
Biasanya, yang kelihatan hanyalah tempat duduk, tandas, dan ruang simpan beg, tidak pernah terfikir bahawa ada ruang khas yang digunakan oleh krew penerbangan untuk berehat.
Sebenarnya, setiap kapal terbang mempunyai bilik khas tersendiri untuk krew penerbangan
terutama ketika mereka terlibat dalam penerbangan jarak jauh. Lokasi bilik ini agak tersembunyi dan tidak diketahui oleh ramai.
Mari kita jelajah bersama dan ketahui lokasi bilik rahsia di dalam kapal terbang.
Pada pesawat Boeing 777 dan 787, bilik ini terletak di belakang kokpit, di atas kabin kelas perniagaan. Untuk mencapainya, terdapat tangga spiral yang tersembunyi bersebelahan dengan kokpit, dan pintu masuk ini memerlukan kunci atau kod untuk dibuka.
Berbeza dengan pesawat Boeing 773, akses ke bilik rahsia ini tidak melalui tangga, tetapi melalui pintu yang terletak di bahagian simpanan bagasi, strategi yang sangat cekap.
Bilik rahsia ini biasanya dilengkapi dengan enam hingga sepuluh katil, lampu bacaan, cangkuk pakaian, dan tempat untuk menyimpan barang-barang peribadi. Kadang-kadang juga disediakan dengan pakaian tidur.
Contohnya, pada pesawat Boeing 773 milik American Airlines, katil-katil ini tersusun di sebelah kiri dan kanan bilik dengan lorong di tengahnya sebagai laluan.
Pesawat Boeing 747 pula mempunyai katil di bahagian atas yang dilengkapi dengan langsir untuk mengurangkan bunyi bising.
Untuk Airbus A380, kawasan rehat krew penerbangan kelihatan lebih luas dan selesa, manakala pesawat Boeing 777 menawarkan bilik tambahan yang dilengkapi dengan dua kerusi kelas perniagaan, dua tempat tidur, almari, dan sinki. Fasiliti ini bergantung kepada tawaran yang disediakan oleh syarikat penerbangan tersebut.
Ini semua menunjukkan bahawa di dalam setiap penerbangan, terdapat ruang khas yang disediakan untuk krew penerbangan untuk berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan tugas mereka.
BACA: Bengkel upah pekerja bawah umur baiki kenderaan rupanya warga asing!