Ramai tahu guna je tapi tak tahu sejarah disebalik Ringgit Malaysia

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Tahukah anda, tarikh 12 Jun merupakan tarikh bersejarah bagi Malaysia kerana pada hari itu, mata wang Ringgit mula digunakan secara rasmi?

Istilah ‘ringgit’ untuk merujuk kepada mata wang sebenarnya telah digunakan sejak lebih dari 500 tahun dahulu.

Pada masa itu, ringgit merujuk kepada mata wang dolar Sepanyol yang memiliki ciri-ciri bergerigi. Asal usul perkataan ‘ringgit’ ini bermaksud gerigi menurut Kamus Bahasa Melayu.

Sebelum ringgit, pelbagai jenis mata wang digunakan untuk urusan perniagaan di Malaysia.

Antara mata wang kertas lama yang pernah digunakan termasuklah wang kertas Estet Constantinopole, wang kertas

Ramai tahu guna je tapi tak tahu sejarah disebalik Ringgit Malaysia

Kerajaan Jepun, duit Pitis Keping Kelantan, wang kertas negeri-negeri Selat dan Malayan Dollar, duit kertas Malaya dan Borneo Utara, wang Borneo Utara, Dollar Sarawak, Penang Dollar, serta keping Terengganu menurut Majlis Keselamatan Negara.

Berikut adalah kronologi sejarah penggunaan Ringgit sebagai mata wang Malaysia sejak tahun 1967:

29 April 1967

Menteri Kewangan ketika itu, Tun Tan Siew Sin, menguar-uarkan rekaan baharu mata wang Ringgit.

“Wang baharu yang ditempah dari London tiba di Port Swettenham (kini dikenali sebagai Pelabuhan Klang) pada 17 Mei, dengan kawalan ketat melibatkan 19 kenderaan tentera. Ia kemudian dibawa ke Pejabat Mata Wang Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam dan disimpan di situ sebelum diagihkan.

“Sehari sebelum digunakan secara rasmi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ismail Mohd Ali mempersembahkan album set wang Ringgit pertama bernombor siri A00001 kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah,” lapor Astro Awani.

12 Jun 1967

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil alih pengurusan pengeluaran mata wang dari Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo.

BNM mengeluarkan wang kertas siri pertama menggunakan perkataan Ringgit.

Namun simbol yang digunakan bukanlah RM. Simbol mata wang negara ketika itu ialah tanda dolar, $.

2 September 1968
BNM mengeluarkan wang kertas nilai $1000.

1 September 1982
BNM mengeluarkan wang kertas nilai $20 dan $500.

Dipetik dari laman sesawang rasmi BNM, reka bentuk wang kertas siri ini berasaskan perhiasan, ukiran kayu dan hasil kerja tangan tradisi Malaysia.

15 September 1983

BNM mengeluarkan wang kertas nilai $10, $50 dan $100.

16 Januari 1984

BNM mengeluarkan wang kertas nilai $1, $5 dan $1000 sempena ulang tahun penubuhan Bank Negara Malaysia yang ke-25, 26 Januari 1984.

Januari 1986

BNM mengeluarkan wang kertas dengan reka bentuk baru. Ia juga dilengkapkan dengan beberapa ciri keselamatan tambahan supaya wang kertas tersebut lebih sukar untuk dipalsukan.

1 Januari 1993
BNM menghentikan pengeluaran wang kertas $1.

5 Februari 1996
BNM mengeluarkan wang kertas nilai RM2.

Wang kertas RM2 merupakan wang kertas pertama yang menggunakan reka bentuk baru dengan simbol ‘RM’.

1 Julai 1999
Wang kertas nilai $500 dan $1000 tidak lagi sah diperlakukan.

Ringgit pada masa kini

Transaksi tunai dengan mata wang Ringgit kini menggunakan wang kertas bernilai RM100, RM50, RM20, RM10, RM5, dan RM1. Selain itu, wang syiling juga digunakan dalam denominasi 50 sen, 20 sen, 10 sen, dan 5 sen.

Bagaimanapun, penggunaan wang syiling bernilai satu sen telah dihentikan pada 1 April 2008. Keputusan ini diambil untuk memudahkan pembulatan nilai transaksi kepada nilai lima sen terdekat.diperkenalkan.

BACA: Ini ‘bala’ yang bakal menimpa kepada taukey pam minyak jika jual RON95 kepada warga asing