“Ramai sahabat perjuangan bertempiaran menyelamatkan diri” – Zahid

Oleh MHDAILY

Jika pemimpin UMNO lemah sudah lama UMNO ‘ditalkinkan’ selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sudah lama UMNO ‘dimuziumkan’ dalam gaung paling dalam tanpa seutas tali untuk bangkit semula.

Jelasnya tidak. UMNO tidak mengalah. Panji-panjinya terus berkibar dengan semangat baharu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Pemimpin UMNO pelbagai peringkat Pusat, Bahagian, Cawangan yang setia terus bertahan dan menggasak.

Berbekalkan iltizam dan semangat kebenaran menentang fitnah kezaliman adu domba tanpa gentar.

Biarpun depan mata menyaksikan ramai sahabat perjuangan bertempiaran menyelamatkan diri.

Allhamdulillah. Kini UMNO semakin jauh keterhadapan. Jauh daripada tebing nan mendukacitakan.

Terima kasih semua. Perjuangan agama, bangsa dan negara tidak pernah luntur. Kerana itu kita tidak goyah dan masih di sini.

Kita bersama teruskan momentum UMNO. Kita teruskan pelayaran ini. Kepada Allah S.W.T kita bertawakal.

– AHMAD ZAHID HAMIDI

FB